Nuffnang

Ahad, 14 Julai 2013

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Nad Zainal Pembuli, <b>Akim</b> Tak Suka Gadis Kampung

Posted: 10 Jul 2013 05:23 PM PDT

Diadaptasi dari novel popular oleh penulis Umi Kalsom, drama bersiri terbaru Kampung Girl bakal menemui anda mulai Jumaat ini. Drama arahan sutradara Heykal Hanifah ini diterajui Nad Zainal dan Akim Ahmad.

"Sebelum ni saya dah pernah berlakon dengan Akim dalam drama Cinta Conetto. Jadi keserasian tu dah memang ada. Kita recall jer la. Dalam drama ni saya sebagai Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang sebenarnya berpelajaran tinggi.

"Ainnur banyak buli Ashraf (Akim), sebab Ashraf ni dia jenis yang tak suka gadis kampung. Ashraf suka pandang rendah pada Ainnur. Jadi Ainnur ni nak buktikan pada Ashraf yang gadis kampung sebenarnya tak lah sekolot yang di sangka Ashraf", ujar Nad Zainal ketika ditemui baru-baru ini.

Kampung Girl mengisahkan Ashraf Khairi, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibu bapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu. 

Akhirnya Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit? 

Selain Nad dan Akim, drama terbitan produksi Luqsar Kreatif ni turut dijayakan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh.  Kampung Girl bersiaran mulai 12 Julai, setiap Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan