Nuffnang

Khamis, 4 Julai 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Tunggu Di Pinang Ramli MS | Oh! Artis

Posted: 01 Jul 2013 09:31 PM PDT

ohartis-alyah-ramli-ms-2

Penyanyi Alyah yang terkenal dengan lagu "Kisah Hati" telah pun berhijrah untuk bertudung sejak April yang lalu. Menginjak usia 32 tahun, Alyah tidak boleh lari apabila disoal tentang jodoh, dia juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah muzik, Ramli MS.

Tidak menafikan cerita itu, Alyah mengakui masih lagi dalam proses mengenali hati budi duda beranak satu itu, namun pada Alyah tidaklah manis sekiranya kaum wanita yang terlalu terbuka berbicara soal tersebut.

"Jujur saya katakan, sudah lama memikirkan soal kahwin, malah dari umur saya 26 tahun lagi. Tetapi sebagai wanita kita kena tahu kedudukan kita, jangan terlalu terbuka berbicara soal ini. Ada banyak hati yang perlu kita jaga." jelas Alyah.

"Saya mempunyai pegangan, di mana mengikut adat saya perlu menunggu pinangan lelaki. Saya tidak mahu nampak terlalu teruja berbicara soal ini, sebaliknya ia perlu bermula dari pihak sana. Moden mana sekalipun, sebagai perempuan, kita kena ikut adat Melayu, " katanya lagi.

ohartis-alyah-ramli-ms-1

Apabila ditanya keistimewaan yang ada pada Ramli MS, Alyah menjawab sikap tegas dan pendirian Ramli untuk memacu kehidupan ke hadapan menjadikan ia salah satu perkara yang buat hatinya terpikat. Malah, Alyah juga sikap ketegasannya tidak ubah seperti arwah Ayahnya.

"Saya kehilangan ayah sejak berumur sembilan tahun. Sejak itu saya tidak pernah bertemu lelaki lain yang mempunyai perwatakan yang garang seperti ayah saya. Mungkin itu yang menambat hati saya kepadanya," katanya dalam sipu kemalu-maluan.

OHARTIS: SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MELANGKAH KE FASA SETERUSNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan