Nuffnang

Khamis, 4 Julai 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Arja Lee Antara Bakal Pelajar Akademi Fantasia <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:17 PM PDT

Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.

Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di'senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.

Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi"

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.

Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja," ujar Cikgu Syafi.

Kontroversi <b>Fida Ibrahim</b> Masuk AF Akademi Fantasia 2013 <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 04:38 AM PDT

Kontroversi Fida Ibrahim masuk AF Akademi Fantasia 2013. Setelah ujibakat berlansung, Fida dikatakan telah berjaya melepasi Ujibakat AF dan kini tersenarai nama dalam senarai pendek yang akan masuk AF 2013. Cikgu Syafi selaku juri ujibakat AF merasakan Fida seharusnya tidak berada dalam Akademi Fantasia. Menurut Syafi lagi, suara atau vokal Fida adalah sekadar biasa sahaja dan Fida harus memberi peluang kepada peserta lain untuk sertai AF. Pada masa sama, Fida sudah pun terkenal dan mempunyai peminat yang tersendiri.

fida masuk af

Penjelasan Cikgu Syafi

"Sebenarnya dia mendapat markah yang paling rendah daripada saya dan markah tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu dia dipilih untuk menjadi peserta yang disenarai pendekkan. Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja. Kalau boleh saya mahu peserta yang berbakat dan belum pernah diberi peluang untuk menghadiri ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 2013. Bukan apa, kasihan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapat peluang ini," kata Cikgu Syafi.

fida

Tiada ulasan:

Catat Ulasan