Nuffnang

Rabu, 10 Julai 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Pasang CCTV Pantau Anak Di Rumah | Oh! Artis

Posted: 08 Jul 2013 06:59 PM PDT

ohartis-fasha-sandha-family-1

Pelakon cantik Fasha Sandha telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh di hubungkan terus ke telefon bimbitnya bagi memantau keadaan anak sulungnya, Putra Rayfal ketika dia bekerja.

Fasha akui bimbang dengan pelbagai kes penderaan yang berlaku dikalangan kanak-kanak, menganggap cara tersebut sangat diperlukan untuk memastikan anaknya sentiasa berada didalam keadaan yang selamat biarpun bayi tersebut dijaga oleh ahli keluarganya sendiri.

"Saya akan memantau keadaan anak melalui telefon bimbit. Tidak senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya akan memeriksa keadaan anak. Setiap waktu saya akan terpikirkan keselamatnya, walaupun dia berada disamping ibu mertua mahupun adik-adik saya." ujar Fasha.

Dalam pada itu, Fasha turut meluahkan rasa sedih apabila setiap kali mahu meninggalkan anak kesayangan terutama ketika menjalani penggambaran. Fasha juga turut berkongsi perasaannya menjadi seorang ibu, Fasha berkata 'Motherhood is the greatest'.

Putra Rayfal telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu di Hospital Prince Court, kuala Lumpur.

ohartis-fasha-sandha-family-3

OHARTIS: TAHNIAH FASHA SANDHA KERANA SUDAHPUN MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA YANG LENGKAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan