Nuffnang

Isnin, 22 Julai 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Arja Lee Antara Bakal Pelajar Akademi Fantasia <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:17 PM PDT

Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.

Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di'senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.

Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi"

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.

Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja," ujar Cikgu Syafi.

<b>Fida Ibrahim</b> Terima Semula Mamat Sepah | Katak Comel - Gosip <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 07:17 PM PDT

Posted by katak on July 19th, 2013

Pelakon dan penyanyi terkenal, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat Sepah.

Namun, hubungan itu tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

<b>Fida Ibrahim</b> Dipilih Peserta Akademi Fantasia - Gossip Artis Malaysia

Posted: 01 Jul 2013 09:41 PM PDT

Pada: Selasa, 2 Julai 2013 Seperti sedia maklum, Akademi Fantasia (AF) kini sudah bermula. Pencarian bakat baru telah dilakukan di seluruh negara. Tidak ketinggalan Fida Ibrahim bekas kekasih Mamat Sepah telah dipilih untuk menjadi peserta di AF kali ini

Antara juri yang memberi peluang kepada Fida adalah Cikgu Syafi, menurut laman Murai, dia memberikan peluang kepada Fida walaupun memberikan markah rendah kepada Fida namun dua juri lain memberikan markah yang tinggi buat Fida. Bagi Syafi, vokal Fida biasa-biasa saja.

Tambahan lagi, Cikgu Syafi tidak menggalakkan golongan artis untuk menyertai Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan