Nuffnang

Isnin, 22 Julai 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tidak Serik Bercinta, <b>Remy Ishak</b> Idamkan Wanita Matang | ROTIKAYA

Posted: 12 Jun 2013 05:04 PM PDT

Selepas percintaan singkat beliau bersama Tiz Zaqyah berakhir, pasti ramai yang tertanya tanya akan siapakah gerangan gadis yang kini berjaya memiliki hati jejaka idaman Malaya ini.

Dalam laporan Berita Harian hari ini, Remy Ishak mengakui yang hatinya maish belum dimiliki sesiapa dan beliau sendiri tidak mencari kerana mahu fokus terhadap kerjaya beliau ketika ini.

"Tiada sesiapa dalam hati saya buat masa ini. Lagi pun, saya memang tidak mencari kerana saya mahu fokus dalam kerjaya — serta kumpulkan harta sebelum berumahtangga," ujar Remy Ishak.

"Emak saya pun asyik tanya, bila lagi saya mahu berkahwin? Memang saya tertekan sekarang ini. Maklumlah ibu mana yang tidak risau dan sedih mengenangkan anaknya yang asyik putus cinta"

Remy Ishak turut memaklumkan yang beliau tidak serik untuk bercinta dengan mereka dari kalangan artis kerana tidak pernah meletakkan syarat dalam hubungan cinta selama ini.

"Orang seni atau orang biasa, saya terima saja. Cuma kalau boleh, biarlah wanita itu seorang yang matang," jelas Remy Ishak yang ke Seoul baru baru ini mengikuti rombongan pemenang Anugerah Skrin 2011/12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan