Fida Ibrahim - Google Blog Search |
<b>Fida Ibrahim</b> Akhirnya Diterima Akademi Fantasia 2013? Posted: 01 Jul 2013 05:00 AM PDT berita |
Tempatan
Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2013: Setelah beberapa kali mencuba untuk menembusi program realiti, Akademi Fantasia akhirnya salah seorang juri, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi mengesahkan pelakon dan penyanyi, Rafida Ibrahim telah berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013). Pun begitu, Cikgu Syafi berkata dia kurang bersetuju apabila Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida Ibrahim diberi peluang untuk menyertai AF 2013 kerana penyanyi lagu versi baru Apa Kono Eh Jang itu sudah pun membina nama di luar tanpa perlu memasuki pertandingan nyanyian seumpama itu. "Sebenarnya dia mendapat markah yang paling rendah daripada saya dan markah tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu dia dipilih untuk menjadi peserta yang disenarai pendekkan. "Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja. "Kalau boleh saya mahu peserta yang berbakat dan belum pernah diberi peluang untuk menghadiri ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 2013. Bukan apa, kasihan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapat peluang ini," katanya kepada murai.com.my Cikgu Syafi ditemui ketika menjadi juri kepada lokasi terakhir ujibakat AF 2013 di Shah Alam Convention Centre, pada Sabtu lalu. Selain Cikgu Shafi, 2 juri lain yang terlibat di kesemua lokasi ujibakat AF 2013 adalah pelakon dan pengacara, dari Singapura, Najib Ali dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqeem. Menurut, Cikgu Syafi lagi, dia tidak menggalakkan artis atau pun penyanyi untuk menyertai program realiti seperti Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti. "Kalau boleh, biarlah semua peserta yang terpilih terdiri daripada mereka yang belum ada pengalaman dalam bidang ini. Selain Fida, sebelum ini Iz Sulaini dan Chaq iaitu abang kepada Stacy juga ada menyertai ujibakat dan sudah tentu mereka berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan," jelasnya lagi. Mengulas lanjut, ciri-ciri yang dicarinya dalam AF 2013 kali ini, Cikgu Syafi memberitahu apa yang penting seseorang itu mesti terdiri daripada individu yang rendah diri dan berpijak di bumi yang nyata. "Selain bakat nyanyian, saya mencari peserta yang muda dan punya personaliti menarik serta yang paling penting seseorang yang rendah diri dan berpijak di bumi yang nyata iaitu tidak bersikap bongkak dalam nyanyian. "Tanggungjawab sebagai juri ini memang berat tapi saya punya misi tersendiri iaitu mahu menaik taraf bidang nyanyian ini selain memberi ilmu dan kesedaran kepada mereka yang datang ke ujibakat," luahnya lagi. Selain Shah Alam sebelum ini, ujibakat AF 2013 telah pun menjelajahi beberapa buah negeri seluruh Malaysia yang lain iaitu di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. |
Hubungan <b>Fida Ibrahim</b> dan Zalif Sidek berakhir – Perak Today Posted: 22 Jul 2013 10:48 AM PDT Penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim mengakui hubungannya dengan Zalif Sidek sudah pun berakhir sejak dua bulan lalu dan mereka tidak lagi berhubung. Jelas Fida yang popular dengan lagu "Apo Kono Eh Jang" ini, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu disalah anggap sebagai pihak ketiga selepas seorang wanita mendakwa sebagai kekasih aktor itu. "Nak cakap kami bercinta pun sebenarnya tidak. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya hubungan itu berjalan lancar tetapi apabila ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. "Apabila kami semakin rapat, ada pihak mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada saya," ujarnya ketika ditemui di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambahnya lagi, "Sebelum ini Zalif memberitahu saya yang dia tidak mempunyai teman wanita. Sebab itu saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budinya. Namun apabila saya kerapa menerima SMS daripada pihak tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat, saya rasa kurang seronok dan macam mengganggu hubungan orang lain. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengundur diri." Sementara itu Fida turut memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih, Mamat (Sepah) sudah baik selepas muncul dalam program televisyen "Apa Saja FBI" di TV9 baru-baru ini. "Kami dah berbaik selepas muncul dalam sebuah program. Hubungan tersebut tidak lebih sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi. Saya juga tak mahu kenang dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku sebelum ini," jelas penyanyi berusia 27 tahun ini lagi. Hubungan Fida dan Mamat berakhir selepas pelawak tersebut tidak sengaja memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya sehingga mendapat kritikan negatif peminat. Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim turut memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ingin fokus kepada karier nyanyian dan lakonan. - Tupai.com |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan