Nuffnang

Khamis, 25 Julai 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Pengsan, Beramal Sepanjang Ramadan - Gua.com.my

Posted: 21 Jul 2013 03:59 PM PDT

Penyanyi kecil molek, Najwa Latif, 18 berkongsi nostalgia Ramadan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Menurut Najwa, dia pernah pengsan akibat tidak tahan dengan cuaca panas ketika di bulan Ramadan.

"Kejadian ini berlaku ketika saya berumur kira-kira lima tahun. Pada masa itu saya baru belajar berpuasa. Kami sekeluarga menyambut bulan Ramadan di Bangkok, Thailand kerana ayah saya ada urusan kerja di sana. Akibat cuaca yang sangat panas, saya yang pertama kali belajar berpuasa pengsan ketika waktu tengah hari kerana tidak tahan dengan cuaca di sana," cerita Najwa yang tersenyum mengimbau kenangan lamanya di bulan Ramadan.

Sepanjang bulan Ramadan ini sehingga Ogos, Najwa dilantik menjadi duta untuk kempen 'Mari Beramal Bersama Colgate'. Kempen itu telah dilancarkan pada penghujung Jun yang lalu.

Menemui Najwa di Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari rumah kebajikan dan rumah anak yatim terpilih sempena kempen 'Mari Beramal Bersama Colgate' di Mydin Subang Jaya, Najwa menyatakan perasaan gembiranya kerana dapat berkongsi masa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Saya gembira kerana dapat meluangkan masa bersama semua kanak-kanak ini membeli-belah barang-barang keperluan mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Selain dapat berkongsi masa bersama mereka, saya dapat memberi inspirasi kepada mereka agar tidak cepat putus asa dan supaya mereka ada sikap percaya pada diri sendiri," jelas pelantun lagu 'Kosong' ini.

Ketika ditanya adakah sesuai untuk Najwa dilantik menjadi duta kepada kempen amal yang memberi bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik sedangkan usianya baru menjangkau 18 tahun, Najwa ada pandangan tersendiri mengenai perkara ini.

"Jarak umur saya dengan mereka yang tidak beberapa jauh sebenarnya dapat memudahkan lagi saya untuk berkomunikasi dengan mereka. Saya menggunakan pendekatan dari remaja kepada remaja ataupun dari seorang kakak kepada adik kerana jarak usia mereka dalam lingkungan kanak-kanak sehingga ke remaja. Selain itu, saya berterima kasih kepada pihak Colgate kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman ini," tutur Najwa yang bakal menyambut Syawal di Batu Pahat, Johor.

Dalam perkembangan lain, Najwa bakal tampil dalam rancangan 'Stailista Unplugged' di samping Dato' Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan Alyah di TV9 pada hari raya pertama nanti. Selain itu, Najwa juga turut terlibat dalam sebuah 'gameshow' istimewa sempena hari raya, 'Mini Busking' yang juga bakal disiarkan di TV9.

<b>Najwa Latif</b> duta Unitar - iskandarX Society

Posted: 01 Jul 2013 01:43 AM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Julai 2013

DIA bukan sahaja berjaya dalam karier nyanyiannya, malah penyanyi remaja, Najwa Latif turut cemerlang dalam bidang pengajiannya dan tidak hairanlah dia dilantik sebagai duta Universiti Antarabangsa Unitar.

Menurut Najwa, pelantikan itu secara tidak langsung membolehkannya menerima tajaan biasiswa penuh daripada institusi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.

"Alhamdulillah, saya anggap ianya sebagai satu rezeki. Tapi pada masa yang sama saya harus memikul tanggungjawab yang besar untuk membantu pihak Unitar mempromosikan bidang pendidikannya.

"Di atas kepercayaan yang diberikan, saya akan pastikan tanggungjawab ini dapat saya laksanakan dengan baik," katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Terkini: <b>Najwa Latif</b> terharu Puteri Awani nyanyi lagu Sahabat <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2013 03:20 PM PDT

Najwa Latif muncul memeriahkan suasana apabila memberi komen untuk part lagu Sahabat dalam video Anniversary Seminggu. 
Najwa merupakan penyanyi asal lagu tersebut menyatakan dia terharu apabila Puteri Awani sanggup menyanyikan lagunya. Apapun, tahniah buat Puteri Awani. Suara anda boleh tahan dan tidak ke laut!
Kita lupakan Kisah Video Anniversary tersebut. Admin dah potong video tu untuk part lagu Sahabat yang dinyanyikan oleh Puteri Awani. Okay... Enjoy dan selamat berpuasa! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan