Nuffnang

Ahad, 7 Julai 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Dia Memahami Saya – <b>Jehan Miskin</b> | buahmulut.com

Posted: 10 Jun 2013 10:45 PM PDT

Perkenalan hampir 5 tahun sebelum mengikat pertalian yang sah sebagai suami isteri memberi sedikit kelegaan buat aktor, Jehan Miskin kerana si isteri boleh memahami kesibukan dirinya sebagai seorang pelakon dan juga pengarah.


Jehan Miskin

Manakan tidak walaupun baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru baru ini Jehan Miskin kini sibuk pula di lokasi pengambaran bagi menyiapkan drama arahanya berjudul 'What If' yang kini sedang ditayangkan di 8TV.

Jelas Jehan lagi disebabkan hal tersebut untuk tahun 2013, dia tidak akan menerima apa apa lagi tawaran lakonan kerana mahu memberi fokus terhadap projek yang dijalankan dibawah produksi miliknya itu. Ujarnya juga dia tidak mahu terlalu dibebani banyak hal dalam satu masa sedangkan dia juga baru berkahwin dan perlu menjaga hati isterinya.

"Syukur Alhamdulillah walaupun saya sibuk sekarang di lokasi pengambaran 'What If' tapi masih ada ruang untuk saya meluangkan masa bersama isteri. Apa yang paling penting pada ketika ini ialah dia amat memahami kerjaya saya yang padat pada masa ini."

"Lagipun kami sudah kenal hampir 5 tahun dan ini bukan satu perkara yang baru bagi dia. Jadi memang dia boleh sesuaikan diri dengan keadaan sebegini. Disebabkan jadual kerja saya yang padat itulah kami masih belum ada apa-apa rancangan untuk berbulan madu lagi." Tambah Jehan yang ditemui sewaktu majlis pelancaran drama ini di Sri Pentas TV3

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan