Nuffnang

Ahad, 7 Julai 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Cik Epal: <b>Neelofa</b> dan kelapa bakar

Posted: 30 Jun 2013 06:21 AM PDT

Haritu aku pergi The Curve. Sekali tengok ada sorang awek ni dok usha je aku.

"eh apahal lak dia ni pandang-pandang aku?" getus hati kecil ku ini (tak payah nak getus menggetus macam ayat novel sangat lah kan)

Aku pon pandang lah awek tu balik. Eh macam pernah nampak dekat tv. Laaa Neelofa rupanya. Tetiba Neelofa datang dekat aku dengan lenggang lenggok nya. Tetiba dia tegur aku

Neelofa: eh ni cik epal blogger tu kan?

CE: ermm ha ah. You ni siapa eh? Muka macam pernah nampak ah. *saja pura-pura tanya balik*

Neelofa: Nama I Neelofa. Boleh panggil i Lofa je. I selalu baca blog u tau! Jom ambil gambar!! *tangan gigil keluarkan phone nak ambil gambar dengan aku*

CE: emm ok.

*KELIKEK* (Bunyi phone Neelofa snap gambar)
Ouh tak sangka Neelofa selalu baca blog aku dan lagi tak sangka kalau ada yang mempercayai cerita aku di atas. wakakakaka :D
Ok dah habis cerita Neelofa. Lepas jumpa Neelofa tu,aku pon balik. On the way nak balik tu kan tetiba tekak haus. Nak cari Petronas nak beli air tak jumpa pulak. Sekali nampak gerai ni.

Ha?? kelapa bakar?? Biar betik??? Memang betik engkooo.Wahh nampak macam menarik. Jom cuba! Terus aku stop di gerai itu. Tepi jalan je.
Mula-mula aku ingat kan nama owner ni BAKAR sebab tu dia bubuh nama Kelapa Bakar tu dekat kedai dia kan. Macam Cendol Bakar tu. Mati-mati lah aku yang naif,innocent dan sesuci lebaran ni ingat cendol tu di bakar,kalau bakar cair lah kan cendol itu. Rupanya nama kedai je Cendol Bakar. Tapi berbeza dengan kelapa bakar ni sebab Kelapa Bakar ni memang betul-betul di bakar kelapa nya!! Dah ala-ala Kanye West dah warna kelapa ni aku tengok.
Rentung habis lah kelapa ni bila bakar. Order ah kelapa bakar sebab nak rasa kan. Akak kedai ni bagi lah satu cawan air kelapa bakar dan satu mangkuk ais. Datang je air kelapa bakar ni,tersentuh pulak aku dekat cawan nya, terkejut aku. Panas wehh.
Pastu sedut sikit air kelapa bakar nya.
"Wekkkk tak sedap nya. Rasa macam air ubat. Payau macam air ubat campur dengan halia.Oh tidakkk kenapalah aku boleh terberhenti nak minum dekat gerai ni" Tak pasal-pasal aku buat muka cencorot di situ.
Nak mencuba benda baru kekdahnya. Last-last menyesal.Pasni order air kelapa biasa je lah,lagi nyaman. Ini memang first and last lah aku minum KELAPA BAKAR. Tapi tak tahu lah kalau ada yang berminat sebab tekak orang kan lain-lain. Mana tahu tekak korang boleh terima pulak kelapa bakar ni :)

p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan