Nuffnang

Jumaat, 5 Julai 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


peti surat: HARDY HARTONO BOYFRIENDS <b>KILAFAIRY</b>?

Posted: 02 Jul 2013 08:10 PM PDT

Pelakon dan penyanyi yang diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia, Kilafairy dilaporkan sedang mengenal hati budi seorang pelakon kacak dari negara seberang, Hardy Hartono dan hubungan mereka berjaya disembunyikan daripada pengetahuan ramai lebih kurang dua tahun.

Menurut laporan Berita Harian, perkenalan mereka bermula selepas Hardy Hartono terlihat wajah Kilafairy dalam sebuah majalah ketika berada di Malaysia untuk berlakon dalam drama bersiri "Kitab Cinta" di bawah arahan Erma Fatima dan bermula dari situ, mereka mula berkomunikasi.

"Ketika berehat daripada penggambaran, nak dijadikan cerita saya ada menyelak sebuah majalah yang kebetulan memaparkan gambar dia (Kilafairy). Saya tanyakan seorang krew juga jurusolek siapa wanita dalam gambar itu dan dia menyebut namanya. Menerusi jurusolek itu, kami diperkenalkan.

"Kami bertukar nombor telefon termasuk BlackBerry Messenger (BBM). Kami berhubungan tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka. Menerusi komunikasi, ia menjadi kelebihan untuk saya mengenali dirinya serba sedikit. Siapa sangka kami rapat sudah dua tahun" ujar aktor berusia 29 tahun ini.

Sementara itu anak perempuan penyanyi veteran Rohana Jalil ini memberitahu masih terlalu awal untuk mengkelaskan hubungan mereka sebagai sesuatu yang istimewa.

"Dua tahun kami kenal dan ia masih terlalu awal untuk mengkelaskan ia sebagai istimewa. Cuma saya senang mengenalinya.

"Sebagai manusia dan juga wanita, saya tak mampu menjangkakan apa kesudahan pada masa mendatang.

"Malah dalam hubungan baik kami, soal jarak bukan satu masalah. Ada masa dia ke sini atau saya ke Indonesia. Itupun kadang-kadang kebetulan ada kerja. Jadi saya cuba mencuri masa untuk bertemu," ujar aktres berusia 21 tahun ini lagi.

Sebelum ini Hardy Hartono turut membintangi dalam video muzik lagu nyanyian Kilafairy berjudul "Pasti".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan