siti nordiana - Google Blog Search |
<b>Siti Nordiana</b> Dan Nubhan Bercinta? | Oh! Artis Posted: 09 Jul 2013 09:42 PM PDT Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu "Gurauan Berkasih" dan "Memori Berkasih" yang berduet bersama Arwah Achik Spin suatu ketika dahulu iaitu Siti Nordiana. Siti Nordiana lebih mesra dengan panggilan Nana, pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusof namun jodoh itu tidak panjang kerana mereka bercerai sebelum Faizal menghembuskan nafas terakhir. Nana yang dilihat tetap aktif menyanyi namun agak jarang muncul di kaca TV mahupun dada akhbar dan majalah. Baru-baru ini Oh! Artis terhidu bau-bau cinta antara Nana dan penyanyi dari Akademi Fantasia, Nubhan. Betul ke mereka bercinta?
Sambal Ikan Bilis Extra Hot yang sesuai dijadikan juadah berbuka serta bersahur. Bagi yang suka makan pedas tu patut cuba tentunya insyaAllah tak menyesal. Hubungi di 0183999905 atau layari Facebook mereka di http://ohmedia.me/sambalikanbilis Empat jenis Ikan Bilis untuk dipilih: Ikan bilis dikopek dan size sederhana besar, Ikan bilis tidak dikopek dan size kecil, Ikan bilis dikopek campur kacan & Ikan bilis tidak kopek dan size kecil campur kacang. Hanya RM15 untuk 250g dan RM28 untuk 500g tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran segera dalam masa satu hari selepas pembayaran disahkan. Nyum nyum!! Mengulas mengenai gambarnya bersama Nubhan yang tersebar luas di Internet hingga menimbulkan gosip kononnya mereka sedang bercinta, Nana menjawab ia hanyalah gambar sebagai kawan, malah mengakui sejak bergelar ibu tunggal dia memang didekati oleh beberapa lelaki untuk memperisterikannya namun ditolak dengan cara baik kerana merasakan masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mampu membuka pintu hatinya untuk bergelar isteri kembali.
Hasil perkahwinannya bersama arwah pelakon Faizal Yusof sejak tahun 2006, Nana mempunyai seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 5 tahun. OHARTIS: BILA TENGOK SITI NORDIANA PASTINYA AKAN TERKENANGKAN ARWAH ACHIK SPIN. BETUL TAK? SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATASNYA. |
<b>Siti Nordiana</b> nafi bercinta dengan Nubhan – Perak Today Posted: 09 Jul 2013 11:21 AM PDT Penyanyi berstatus janda anak satu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menafikan sedang menjalin hubungan dengan bekas pelajar "Akademi Fantasia" musim ke-6 iaitu Nubhan. "Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip itu kepada saya. Sebenarnya, dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih. Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana selalu bersama. "Cuma sekarang ini jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip itu tak munasabah," katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest. Sementara itu, Nana memberitahu sejak dia bergelar ibu tunggal, ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekatinya, tetapi dia menolak secara baik kerana dia masih belum jumpa calon yang sesuai dan juga tidak bersedia untuk bergelar isteri lagi. "Ada juga yang mendekati. Ada yang nak lamar saya. Tapi saya tolak sebab tak rasa lelaki itu sesuai dengan saya. Dulu ada juga keluarga cuba jodoh-jodohkan, tapi saya tak mahu. Saya rasa biarlah saya yang pilih sendiri. "Sebolehnya kalau saya berkahwin semula nanti, saya mahu suami saya itu menyayangi Rayyan. Saya mahu Rayyan dapat kasih sayang seorang ayah seperti mana kasih sayang ayahnya. Saya hanya berserah sajalah," ujarnya lagi. Sebelum ini Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah pelakon Mohd Faizal Yusup pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun. - TUPAI.com.my |
You are subscribed to email updates from siti nordiana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan