Nuffnang

Sabtu, 13 Julai 2013

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


MeleTOP Tampilkan Kisah <b>Tomok</b> Popular Dengan Keekers

Posted: 09 Jul 2013 07:04 PM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2013: Selain facebook dan twitter, laman sosial Keek juga turut menjadi satu medium atau platform yang mampu mendekatkan seseorang selebriti dengan peminat mereka.

Penyanyi Tomok yang juga vokalis kumpulan New Boyz adalah antara selebriti yang sentiasa aktif berinteraksi dengan peminat-peminatnya atau pengikut Keekers menerusi video-video yang dikongsi di laman sosial Keek.

Antara video yang sering dikongsi oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan di akaun peribadi Keeknya adalah mengenai perkembangan anaknya, Arrianshah Akid.

Eksklusif buat peminat MeleTOP, Tomok bakal berkongsi pelbagai video Keeknya bersama penonton MeleTOP. Malah, Tomok juga bakal berkongsi mengenai perkembangan terbaru.

Lebih istimewa, Tomok bakal membawakan lagu Aku Datang khas buat penonton MeleTOP. Jadi jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program MeleTOP yang penuh sensasi dan 'trendy' dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa setiap hari Selasa, jam 10.00 malam di Astro Ria (104).

Buat tatapan peminat semua, portal Murai turut menyelitkan salah satu video Keek menarik tentang anak Tomok di bawah ini. Selamat menonton....


Jun 15, 2013 | kita masuk tido...-Arrian- by tomok on Keek.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan