Nuffnang

Sabtu, 13 Julai 2013

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> - I Wanna Go | Lagu Baru 2013 | TIMIZERO

Posted: 21 Jun 2013 07:24 AM PDT

Yuna - I Wanna Go | Lagu Baru 2013 ~ Hendak kata baru tidaklah juga, kerana lagu "I Wanna Go" ini telah diterbitkan di dalam "Sixth Streep EP" yang dilancarkan pada awal bulan Mei lalu. Cuma, klip video rasminya sahaja yang baru dimuat naik ke channel VEVO Yuna beberapa hari yang lepas...
Lagu dan klip video terbaru dari Yuna ini sebenarnya bagaikan telah menjawab segala persoalan kisah cinta beliau yang sedang hangat diperkatakan di blog-blog dan majalah hiburan. Dengan penulisan yang agak jujur dan berterus terang, peminat tentunya sudah boleh mengagak siapakah lelaki yang suka mengambil foto yang digambarkan di dalam lirik lagu ini... 
Kalau didengar sekali imbas, lagu "I Wanna Go" ini agak lain sedikit jika hendak dibandingkan dengan lagu-lagu Yuna yang terdahulu. Segalanya baru, baik dari aspek susunan muzik mahupun gaya nyanyian Yuna sendiri yang kedengaran lebih "Amerika" sekarang ini...haha. 
Bagi aku, lagu ini biasa-biasa sahaja. Mungkin ia sedikit sukar untuk memenuhi citarasa Melayu dan nusantara... Tetapi dari aspek mutu rakaman, adunan bunyi, serta klip videonya, lagu "I Wanna Go" tidak lari jauh dari kehendak dan ciri-ciri sesebuah lagu Pop yang bertaraf antarabangsa...
PS: Biasanya di blog ini ada kategori Lagu Malaysia, Lagu Barat, Lagu Jepun dan sebagainya... Tetapi untuk kes Yuna yang ini, aku tidak tahu mahu mengklasifikasikannya di dalam kategori yang mana...haha.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan