Nuffnang

Jumaat, 23 Ogos 2013

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


hijrah adalah antara saya dengan allah - <b>adam af</b> - ammboi dot com

Posted: 19 Aug 2013 03:54 PM PDT

Nampaknya semakin ramai selebriti di negara kita mula berhijrah. Ianya satu petanda baik dan diharapkan ianya akan terus berkekalan. Harap juga bukan hangat-hangat taik ayam. Jika artis wanita hijrah dengan tampil bertudung, artis lelaki juga sudah ramai yang mendalami ajaran Islam seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Airel Zafrel dan juga Adam AF.

Berdasarkan perkembangan terkini, penyanyi Adam AF kini sudah perlahan-lahan berhijrah ke arah yang lebih positif dalam hidupnya. Malahan, dia juga dilaporkan sudah membuka sebuah Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani yang terletak di Kota Damansara. Ketika ditanya mengenai penghijrahan terbarunya itu, Adam menjelaskan sebagaimana dibawah:

gambar terkini adam af

"Hijrah adalah antara saya dengan Allah. Saya tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan saya sudah berhijrah. Saya lebih selesa jika saya digelear seorang yang sedang dan masih mendalami ilmu agama. Kita kena sentiasa berhati-hati. Semakin kita dekat dengan Allah, semakin besar ujian. Masyarakat akan sentiasa memandang. Bila kita menuju ke arah kebaikan tapi kita buat kesilapan sedikit dalam perjalanan itu, orang akan bercakap," katanya dipetik dari sumber sebuah portal hiburan.

Selain itu, Adam juga menafikan penghijrahannya itu kerana mahu masuk bidang politik. Jelasnya, dia hanya berniat mahu mendalami ilmu agama sahaja.

Walaupun sudah berhijrah dan mempunyai cabang perniagaan lain, Adam sesekali tidak melupakan bidang nyanyian yang menjadi minatnya. Menurut Adam, dia bakal tampil dengan single terbaru, Penggodam Jiwa ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim, tidak lama lagi.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan