Nuffnang

Jumaat, 23 Ogos 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Kongsi Kisah Putus Cinta di MeleTop? - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Sekitar Mac awal tahun ini, aktor Fizo Omar telah mendedahkan kepada umum bahawa dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing.

Namun percintaan mereka tidak bertahan lama apabila selepas dua bulan, aktor tersebut mengakui sendiri yang hubungannya dengan gadis yang dikenali sebagai Haas Jaafar telah pun berakhir. Memang sesiapapun tidak akan menyangka hubungan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini akan berakhir sebegitu cepat namun itulah yang terpaksa dilalui oleh Fizo Omar.

Eksklusif buat peminat MeleTop malam ini, aktor tersebut akan tampil berbicara bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad. Apakah yang akan dikongsi oleh Fizo pada malam ini?

Saban tahun menjelang Ramadan, dia menjadi antara selebriti yang aktif menjalankan bisnes. Bisnes apa yang akan dilakukan Fizo pada Ramadan kali ini? Apa pula perkembangan terbarunya sama ada produk dari siri TV atau filem? Dan mungkinkah Fizo akan bercerita tentang pengalamannya yang telah beberapa kali putus cinta?

Ketahui juga perkembangan terbaru Diana Amir yang kini berkolaborasi bersama Melinda Ooi untuk fesyen muslimah terbarunya.

Juga tampil dalam program MeleTop ialah penyanyi Hafiz Hamidun yang akan mendendangkan lagu terbaru, Habibi.

Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan