Nuffnang

Sabtu, 3 Ogos 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Saya Tak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Adira – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 31 Jul 2013 07:10 PM PDT


Fuh ~~ Memang berkerat rotan, berpatah arang sungguh Aliff Aziz terhadap Adira. Mana tidaknya, Abang Nara pasti tahap kekecewaan Aliff Aziz sangat tinggi kerana cintanya ditolak oleh Adira. Sedih kot. Pasti Aliff sendiri tidak menyangka niat sucinya tidak diterima oleh Adira.

alif aziz adira

Tahap kekecewaan Aliff Aziz sehingga enggan lagi bekerjasama secara profesional dengan Adira di dalam apa jua projek. Kata Aliff Aziz kepada portal Murai:-

Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Lagipun, saya rasa saya tidak boleh bersikap profesional jika berhadapan atau bekerjasama dengannya kelak jika kami diperlukan bersama.

Itulah yang saya rasa kini dan tak perlu saya mengulas lanjut mengapa. Biarlah tiada apa-apa hubungan walaupun sebagai kawan di antara kami. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini

aliff aziz

Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz. Iyerlah dulu bercinta siap bagi couple ring bagai. Tup-tup kena "reject" begitu aje. Mana tak sedih. Lagi sedih bila Adira sekarang seperti sudah ada kekasih baru. Kata Aliff Aziz lagi:-

Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina

Satu sahaja nasihat Abang Nara kepada Aliff Aziz. Carilah kekasih baru untuk melupakan Adira sepenuhnya. Hanya itu sahaja cara yang paling pantas dan berkesan. Lagipun Aliff Aziz kacak juga orangnya. Takkanlah tak ada awek-awek yang tangkap cintan terhadapnya. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan