Nuffnang

Sabtu, 3 Ogos 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Mr Bie Mahu Duet Dengan <b>Najwa Latif</b> - Munsyeed{Dot}

Posted: 25 Jun 2013 10:56 PM PDT

Mr Bie

Mr Bie

Impressive! Itu perkataan yang terpacul setiap kali menonton video parodi terbaru daripada Raja Parodi Malaysia, Mr Bie. Sebagai seorang yang berbakat besar dan serba boleh, Mr Bie atau nama sebenarnya Hasbi Muh Ali tidak pernah sekali-kali melihat populariti yang dikecapinya sebagai satu kelebihan yang dibangga-banggakan sebaliknya ia anugerah yang perlu disyukuri.

Terbaru, kami sempat menemubual Mr Bie untuk mengetahui perkembangan terkini beliau dalam industri muzik. Mungkin ada yang tidak tahu yang Mr Bie sebenarnya merupakan salah seorang vokalis kumpulan Feel Honey yang pernah popular dengan lagu Kisah Cinta menerusi album Nasyeed Underground Vol 1.

Bakal Muncul Lagu Solo Pertama Berjudul Bukan Parodi
Menurut Mr Bie, beliau akan muncul dengan lagu solo pertama beliau sementara menantikan album pertama Feelhoney siap sepenuhnya.

"Setakat ini, perancangan terdekat buat single solo dulu. Untuk album penuh (FeelHoney) itu memang ada. Tetapi fokus sekarang pada lagu single sambil menanti album Feelhoney siap." ujar Mr Bie.

"Insha Allah, untuk single pertama, memandangkan orang cop saya sebagai orang yang selalu menyanyikan lagu parodi, jadi untuk single ini (ia) merupakan sedikit kesinambungan parodi-parodi yang saya pernah buat sebelum ini."

Tambah Mr Bie, untuk single pertama beliau ini, beliau akan berkolaborasi dengan komposer Rosli Ahmad selaku komposer lagu manakala lirik adalah hasil ciptaan Rosli Ahmad dan Mr Bie sendiri.

"Sekarang sedang tunggu caller ringtone lagu itu siap sebelum release single pertama saya yang berjudul Bukan Parodi. Lagu ciptaan Rosli Ahmad (Nina Erina), lirik pula ciptaan beliau dan saya."jelas Mr Bie.

Ditanya mengenai tujuan beliau tampil dengan single solo pertama ini, Mr Bie menjawab, "Memang tujuan asal (single ini) untuk menarik orang muda terutamanya yang kurang minat dengan lagu-lagu dakwah untuk mula berjinak-jinak mendengar lagu/melodi yang kena dengan jiwa mereka. Seperti biasa, lagu ini diselitkan lirik yang serba sedikit mendidik secara santai, insha Allah."

"Mengikut sumber, lagu itu mendapat sentuhan arrangement di Indonesia. Jika tiada aral melintang, lagu ini akan dilancarkan sebelum bulan Ramadhan. Apa pun, doakan semoga segalanya berjalan lancar." ucap Mr Bie.

Respon Rakan Feelhoney Apabila Mr Bie Tampil Single Solo
"Alhamdulilllah, setakat ini member-member Feelhoney faham dan fokus saya terhadap Feelhoney tidak terganggu buat masa ini." jawab Mr Bie.

Mr Bie.

Mr Bie

Orang Lebih Kenal Mr Bie dari Feelhoney?
Populariti yang dikecapi Mr Bie dilihat sebagai satu batu loncatan buat Feelhoney untuk lebih dikenali dikalangan masyarakat dan pendengar. Namun, ada yang berpendapat orang hanya mengenali Mr Bie dan tidak mengenali kumpulan Feelhoney. Ketika diaju soalan ini, Mr Bie bingkas menafikan dakwaan tersebut.

"Tak ada la. Mungkin itu sebahagian persepsi dari mereka yang sebelum ini kurang mendengar nasyid. Jadi mereka kenal saya sebagai Mr Bie, bukan sebagai vokalis FH."

"Tapi walau apa nama pun yang kita bawa, matlamat kita tetap sama. Mungkin dengan mereka mengenal Mr Bie, secara tidak langsung mereka juga akan kenal FH. Jadi, ia memberi manfaat kepada FH juga. Saya nampak ia lebih kepada rezeki dan ia turut memberi nilai tambah kepada kumpulan FH." ulas Mr Bie.

Album Feelhoney Terbit Selepas Raya, Halim Sebagai Penerbit
Setelah muncul beberapa single menerusi album Nasyeed Underground Vol 1 (Kisah Cinta) dan album Nasyeed Underground Vol II Semesta Bertahmid (Curang), pada tahun ini Feelhoney merancang untuk muncul dengan album penuh dibawah label Feelhoney Ent. dengan kerjasama Neurotic Studio milik komposer berbakat besar, Halim Devotees.

"Album FeelHoney plannya selepas raya insha Allah. Semoga dipermudahkan. Pembikinan agak lambat memandangkn masing-masing tengah sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi sebelum rilis album penuh, setelah berbincang dengan Halim (Devotees) yang merupakan penerbit album FH, insha Allah kami akan keluarkan 1-2 single dahulu." ujar Mr Bie.

Mr Bie Duet Dengan Najwa Latif?
Sebelum mengakhiri perbualan, kami sempat mengusik Mr Bie adakah beliau menyimpan hasrat untuk berduet dengan Najwa Latif yang turut mengecapi populariti menerusi laman Youtube.

Sambil ketawa, Mr Bie menjawab, "Nak!!!!!!!!!! hahahaha"

"Plan tu mmg ada tetapi plan-plan gitu sahaja la. Ke arah melaksanakan plan itu setakat ini tiada lagi. Insha Allah, nanti saya cuba tuit-tuit dia. hahaha." ujar Mr Bie sebelum mengakhiri ucapan.

Selamat maju jaya buat Mr Bie! Semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT.
- Munsyeed Dot Com

Tentang Penulis

Munsyeed Admin menulis 136 artikel dalam blog ini.

Munsyeed Admin bertanggungjawab mengawal selia website Munsyeed{Dot}Com untuk sentiasa beroperasi dalam keadaan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan