Nuffnang

Selasa, 20 Ogos 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Nafi Bercinta Dengan Sasha Saidin - Gua.com.my

Posted: 16 Aug 2013 05:36 PM PDT

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu 'Kalau Aku Kaya', Awi Rafael menafikan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin. Jelas Awi yang dihubungi GUA pada Jumaat, dia dan Sasha hanya berkawan biasa.

"Saya bercinta dengan Sasha? Eh! tak betul tu. Saya dengan dia takde apa-apa. Kami hanya kawan sahaja. Takkan lah setiap kali saya keluar dengan kawan perempuan, orang hendak kata saya bercinta. Nanti orang kata saya playboy pulak," ujar Awi mengulas tentang beberapa tweet peminat yang mendakwa melihat dia dan Sasha keluar bersama-sama dan nampak cukup mesra.
 
Tambah Awi lagi, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara ini kerana bimbang akan timbul salah-faham.

"Maaf, saya tak mahu komen banyak sangat. Cukup saya katakan saya dan dia tiada apa-apa. Tapi saya tak nafikan, kami berkawan dan saya ada meminta pendapat dia tentang kerja. Saya ada projek girl band dan Sasha orang yang sesuai untuk rujukan kerana dulu dia bersama kumpulan Elite," ujar Awi mengakhiri perbualan.

Sementara itu, GUA cuba menghubungi Sasha Saidin untuk komen lanjut, bagaimanapun panggilan telefon kepada wanita ini tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan