Nuffnang

Selasa, 20 Ogos 2013

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


<b>Azhan</b> masuk layar perak - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2013 04:36 PM PDT



KELIBAT Azhan Rani tidak pernah kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan sepanjang Ramadan lalu. Bukan sengaja menyepikan diri atau bercuti panjang, si bujang dari Tanjung Karang, Selangor itu sebenarnya terpaku di lokasi penggambaran sampai tidak mampu hendak ke mana-mana.
"Pada tahun lepas, saya juga terlibat dengan penggambaran pada bulan puasa, tetapi jadualnya tidak seperti tahun ini. Untuk drama yang saya lakonkan sekarang, kami memulakan penggambaran tiga hari sebelum puasa. Ia dijangka selesai hujung September nanti. Tiap-tiap hari saya kena berada di lokasi sehingga terlepas beberapa jemputan," katanya yang beraya di Kuala Kubu Bharu, Selangor sehingga hari raya keenam sebelum menyambung semula penggambaran.
Azhan kini terlibat dengan penggambaran drama bersiri untuk slot Azalea di TV3 berjudul Derhaka Seorang Madu. Dalam drama tersebut, dia melakonkan watak seorang suami yang berdepan masalah besar dalam perkahwinan kerana mempunyai dua orang isteri.
"Saya ada banyak babak yang marah-marah dan terjerit-jerit. Boleh hilang suara jadinya. Satu hal lagi, banyak pula dugaan lain seperti bau makanan dan minuman yang sentiasa ada depan mata. Kalau bukan bulan puasa tak mengapa, penggambaran banyak dilakukan di restoran dan saya pula tauke restoran berkenaan," kata Azhan yang semakin menjadi rebutan penerbit dan pengarah.
Mengaku jarang berpeluang menonton televisyen apatah lagi drama sendiri atau drama-drama yang diingatkan oleh kawan-kawan, Azhan sebenarnya seorang 'kaki rakam' program televisyen. Sepanjang Aidilfitri, Azhan mempunyai tiga buah drama istimewa termasuklah Rahsia Tok Pian, Tiba Masanya dan Abah Tak Balik Raya.
"Saya akan rakam drama-drama atau karya kawan-kawan sealiran yang saya rasa kena tengok. Selalunya, kawan-kawan akan ingatkan, saya juga begitu tapi malangnya, kurang ada masa hendak menonton. Tapi, untuk drama hari raya, saya janji pada diri sendiri untuk tengok drama Rahsia Tok Pian yang disiarkan di TV3. Saya suka teknik kesan khas dan konsep drama berkenaan. Kisah orang tua yang tak suka hari raya," kata Azhan yang bakal muncul dengan sebuah lagi drama hebat berjudul Abah Tak Balik Raya pada 18 Ogos nanti.
Tambah Azhan: "Dalam Abah Tak Balik Raya pula, saya jadi ahli bomba. Awal-awal lagi watak saya sudah dimatikan macam dalam Tiba Masanya juga tapi akan selalu muncul sepanjang cerita. Ia kisah tentang dua orang anak yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan bapanya yang meninggal dunia semasa bertugas."
Lebih tujuh tahun berkecimpung dalam drama dan teater tanah air, pelakon yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater itu juga bakal muncul menerusi filem KL Zombi pada Ogos ini.
Memegang watak sebagai anggota polis trafik, kemunculan Azhan itu bakal jadi introduksi pertamanya ke layar perak mendahului filem-filem lain lakonannya yang masih belum ditayangkan termasuklah Anak Jantan, Pencinta, Aku Kini Kamu dan In What City Doest It Live.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan