Azhar Sulaiman - Google Blog Search |
MMI : Apa Beza Najib & <b>Azhar Sulaiman</b> ?!!! Posted: 05 Jun 2013 01:44 AM PDT Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan entri yang MMI catatkan kali ini.Namun soalnya kita berbicara tentang hak dan kebebasan jadi rasanya tidak salah sekiranya MMI melahirkan sedikit pandangan tentang apa yang kini sedang berlaku asalkan ianya tidak melanggar apa-apa peraturan. Dengan tajuk "Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?" pastinya pelbagai tanggapan muncul apatah lagi sejak beberapa hari lepas sudah ada blog-blog tertentu yang membicarakan tentang Najib dan yang seangkatan denganya. Pertamanya MMI rasa kita perlu melihat kembali kepada rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku sebelum ini bila mana parti UMNO sebagai parti yang menghimpunkan kebanyakkan orang-orang Melayu di Malaysia mendepani pelbagai cabaran khususnya dalam dunia politik. Kita harus akui UMNO yang dulunya pernah berada di persada dengan setiap kali pilihanraya mendapat mandat 2/3 majoriti daripada rakyat kini turut menerima tempias hasil daripada kemajuan dan perkembangan pesat negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir. Percaya atau tidak dulunya pernah ada suara-suara di sesetengah tempat yang menyatakan sekiranya meletakkan batu atau kayu sekalipun UMNO tetap akan menjadi pilihan rakyat.Mungkin pada ketika itu bagi sesetengah tempat ianya ada benarnya malah MMI yang merupakan sebahagian daripada generasi selepas MERDEKA pernah mendengar cakap-cakap sedemikian. Tapi itu dulu ! Kini ianya bukan semudah itu dan ada yang menyatakan kesan daripada perkembangan serta kemajuan yang di bawa oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah maka suasana politik kini di lihat tidak lagi sama seperti mana sebelumnya. Jangan sesekali menafikan rentak dan corak politik negara mula berubah semenjak Tun Mahathir mengambil satu keputusan paling bersejarah dalam karier politiknya apabila memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Pola politik negara mula berubah , jalanraya tidak lagi di monopoli oleh deretan kenderaan tetapi ianya sudah mula di banjiri oleh lautan manusia yang kononnya berdiri atas semangat reformasi.Reformasi bagi mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dan reformasi ini sebenarnya merubah bukan sahaja pola politik tetapi juga rentak serta gerak kerja parti-parti politik. PAS dan DAP pada ketika ini sudah mula menghidu sesuatu , malah setelah beberapa ketika pemimpin dari kedua-dua parti ini sudah ada yang mengeluarkan kenyataan simpati dengan apa yang sedang menimpa Anwar Ibrahim. Malah ianya tidak terhenti di situ apabila kedua-dua parti ini turut sama memberikan sokongan padu terhadap gerakan reformasi yang ketika itu mengoncang bumi Malaysia. Kemudiannya PKR di tubuhkan dengan matlamat membebaskan Anwar Ibrahim dan di sinilah gerakan reformasi di teruskan dengan sokongan bukan kepalang dari pemimpin-pemimpin yang kebanyakkannya hari ini sudah kembali ke pangkuan UMNO. Hahaha kadang-kadang MMI tertawa sendiri kerana muka-muka yang pernah bersama di pentas Anwar dulunya kini berada dalam kem yang sama dengan MMI malah dah ada yang jadi pak menteri.Pelik bila memikirkan tetapi itulah politik. Semenjak 1998 Malaysia berdepan dengan politik yang cukup hebat malah pernah sampai ketikanya rakyat melihat kuasa politik hampir pasti bertukar tangan.Namun berkat usaha gigih UMNO dan Barisan Nasional tetap mendapat mandat rakyat sehingga ke hari ini. Ya !! MMI akui ada beza mandat hari ini dengan mandat sebelumnya kerana kini kita tidak mempunyai majoriti 2/3 namun hakikatnya Barisan Nasional masih menang dalam pilihanraya.Percaya atau tidak kemenangan ini bukan mudah untuk di gapai ianya melibatkan usaha bersama malah sejak 3 tahun sebelumnya dan mungkin lebih. Dengan segala gerak kerja dan perancangan yang telah di buat oleh parti kemudianya dengan pelaksanaan program tranformasi oleh kerajaan , Barisan Nasional menang dalam PRU13 baru-baru ini.Apa yang pasti MMI setuju dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan kemenangan ini bukan bererti UMNO sudah mempunyai kekuatan sepenuhnya tetapi kerana di sumbangkan oleh beberapa perkara termasuklah banyak pihak takut dan tidak percaya dengan pihak pembangkang. Bolehkah kita semua pikirkan dengan segala pelaksanaan yang telah di gerakkan oleh kerajaan , Barisan Nasional masih belum mendapat kemenangan 2/3 majoriti ?? Ini membuktikan segala gerak kerja sebelum ini masih belum cukup dan mungkin ada beberapa perkara yang rasanya perlu di lihat semula contohnya terlalu memberikan keistimewaan kepada kaum Cina. Dan bagi mencari penyelesaian ini , maka MMI percaya tidak ada yang lebih baik daripada direncanakan oleh seorang Perdana Menteri bernama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. MMI sendiri hairan entah hantu apa yang sudah merasuk sebahagian daripada pihak-pihak di luar sana yang kini di lihat menyerang pucuk pimpinan sedangkan sebelumnya merekalah yang paling lantang dalam mempertahankan kerajaan. Berbalik kepada apa yang MMI catatkan di awal tadi , ianya berkisar tentang hak dan kebebasan maka bagi MMI terserahlah kepada setiap dari kita cumanya kita perlu melihat apakah setiap tindakan kita kini atau selepas ini mampu memudahkan UMNO atau BN untuk kembali sebagai sebuah parti mahupun kerajaan yang kuat. Percaya atau tidak sebagaian besar rakyat di luar sana termasuk mereka yang tidak menyokong Barisan Nasional turut mendapat apa yang MMI labelkan sebagai nikmat hasil daripada sebuah kerajaan yang tahu tentang untung nasib rakyatnya. Malah MMI juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang kini dikatakan menyerang pucuk pimpinan kerana tanpa sokongan dan kerja keras mereka pastinya PRU13 lebih suram dari PRU12. Berbalik kepada tajuk di atas , Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?? Sudah barangkali dan pasti perbezaan paling mudah adalah Najib merupakan seorang pemimpin politik yang di segani dan kini merupakan Perdana Menteri Malaysia manakala Azhar Sulaiman adalah seorang artis dan arkitek yang kini bergiat sebagai seorang pelakon. Namun ada sesuatu yang MMI rasa kedua-duanya mempunyai persamaan. Azhar Sulaiman yang kita kenal merupakan seorang pelakon yang telah menunjukkan kepada kita sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Malah sokongan beliau bukan sahaja sekadar sokongan biasa tetapi beliau turut di heret ke kancah politik sehinggakan hak dan kebebasan beliau di nafikan oleh sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkannya. Beliau yang sebelumnya menggunakan medium media sosial untuk melahirkan rasa denyut nadinya terhadap perjuangan UMNO dan Barisan Nasional kini menghadapi serangan dari pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakannya hingga akhirnya akaun facebook milik beliau di godam oleh pihak-pihak tertentu. Namun ada sesuatu yang menarik tentang Azhar Sulaiman , walaupun beliau kini mendepani serangan bagi melemahkan semangat dan emosinya ... Perjuangannya tidak pernah luntur malah lebih kuat dan akan di teruskan kerana beliau percaya bahawa setiap dari kita mempunyai hak untuk bersuara. "Ini strategi mereka, untuk melemahkan semangat dan emosi. Ini tidak akan membuat saya berhenti," kata Azhar. "( Dakwanya) Pakatan rakyat halang hak saya untuk bersuara. Inikah demokrasi dan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara tidak wujud. Mengapa suara saya dihalang? Adakah kerana suara saya yang lantang jadi ancaman kepada kejayaan pembangkang untuk tawan Putrajaya? "Mereka boleh musnahkan facebook saya. Tapi saya tetap akan menyatakan, marilah kita undi BN."Baca Seterusnya Begitu jugalah dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin nombor satu negara , beliau bukan sahaja memikul amanah rakyat dan negara tetapi bertanggungjawab sepenuhnya dengan legasi perjuangan parti dan amanah mempertahankan KEMERDEKAAN yang telah kita semua miliki sebelum ini. Percayalah bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak tetapi MMI yakin YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pemimpin biasa.Beliau memiliki kudrat dan keupayaan yang jauh mengatasi pimpinan yang ada hari ini khususnya di pihak pembangkang. "Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan. "Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,''.Baca Seterusnya Malah amat mustahil beliau langsung tidak tahu menahu tentang apa yang sedang berlaku dan ketahuilah sebagai seorang pemimpin beliau ada caranya yang tersendiri untuk menyelesaikannya. Cumanya sejauh mana akur kita kepada pepimpin yang kini sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negaranya. Akhir kalam persamaan yang mungkin ada diantara Najib dan Azhar Sulaiman adalah kedua-duanya akan terus berjuang untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus relevan !! Psst setiap manusia ada kelemahan cumanya Anwar lagi teruk !! |
You are subscribed to email updates from Azhar Sulaiman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan