Iqram Dinzly - Google Blog Search |
<b>Iqram Dinzly</b> ralat dengan pertunangan Fouziah – Perak Today Posted: 21 Jul 2013 03:00 PM PDT Suatu ketika dahulu, pelakon Iqram Dinzly dan Fouziah Gous pernah rapat dan dikatakan bercinta namun sehingga kini mereka masih kekal sebagai kawan baik. Walaubagaimanapun, Iqram dikatakan kesal dengan pertunangan Fouziah Ghous yang kelihatan seperti tergesa-gesa. Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, memberitahu dia hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media sebelum diberitahu kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung. Malah, Iqram juga tidak tahu Fouziah mempunyai kekasih selama ini. "Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya menerusi mStar. Dalam ruangan Harian Metro hari ini juga dikatakan Iqram Dinzly kecewa dan semakin kurus selepas Fouziah menjadi tunangan orang namun Iqram menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perubahan itu berlaku kerana dia kesibukan kerja dan penat berlakon. |
You are subscribed to email updates from Iqram Dinzly - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan