Fizo Omar - Google Blog Search |
<b>Fizo Omar</b> Nasihatkan Afiq Muiz Kembali Taat Kepada Ibu | Oh! Artis Posted: 30 May 2013 06:34 PM PDT Sebagai pelakon yang lebih tua dan senior, Fizo Omar turut rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan pelakon muda Afiq Muiz berkenaan isu yang hangat antara Afiq dan Ibunya. Fizo melahirkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap Afiq yang enggan memohon maaf kepada ibunya dan dia berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing.
Menurut Fizo juga, status Afiq sebagai selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan menganggap Afiq belum berjaya sepenuhnya malah kerjayanya boleh musnah akibat sikapnya itu kerana masyarakat juga turut tersinggung terhadap perbuatannya kepada ibu sendiri.
Sementara itu, apabila ditanya bagaimana Fizo melayan ibunya Hasnah Jidin, 53, Fizo menjawab dia akan mencium dan bersalaman dengan wanita itu setiap kali untuk keluar rumah bagi mencari rezeki malah Fizo juga akan meluangkan masa bersama ibu yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur walaupun sibuk dengan kerja-kerja lakonan dan perniagaan.
OHARTIS: TAK DINAFIKAN FIZO OMAR ANTARA SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI CONTOH DAN PANDAI MENJAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGA. GUDLUCK FOR FIZO OMAR. |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan