Nuffnang

Khamis, 15 Ogos 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Komen Video Budak Baru Couple Seminggu!

Posted: 22 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2013: Sejak awal Ramadan lagi heboh orang di sana sini terutamanya laman sosial Facebook dan Twitter memperkatakan mengenai sebuah klip video yang dimuatnaik gadis berusia 14 tahun kepada kekasih hatinya setelah seminggu mereka bergelar pasangan kekasih.

Di dalam video tersebut turut memaparkan gadis bertuding litup tersebut memilih lagu Najwa Latif, Sahabat, untuk dinyanyikan kepada teman lelakinya. Difahamkan. mreka mula bercinta selama seminggu. Perkara ini telah mengundang reaksi pelbagai pihak yang rata-rata kurang senang dengan kejadian ini.

Kesempatan menemui Najwa Latif pada majlis perasmian Dikir Aidilfitri di Plaza Sungei Wang baru-baru ini telah memberi peluang kepaada portal Murai untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu inui, lebih-lebih lagi apabila banyak pihak mengaitkan nama Najwa kerana dia dikatakan sumber inspirasi kepada remaja yang masih dibangku sekolah untuk melakukan perkara-perkara sebegini.

"Saya sendiri belum berkesempatan untuk menonton video tersebut. Tetapi saya memang ada terdengar mengenai video yang diperkatakan itu. Pada saya itu terpulang kepada mereka yang menilai. Saya tidak boleh komen mengenai video tersebut atau apa yang telah dilakukan gadis tersebut.

"Lagipun lagu Sahabat yang dia nyanyikan itu bukan bermaksud atau merujuk kepada teman lelaki atau kekasih. Ia memang ditujukan kepada sahabat, tetapi terpulanglah bagaimana dan kepada siapa ia disampaikan. Itu sahaja,"jawab Najwa apabila di tanya mengenai klip video 'Budak Baru Couple Seminggu' yang dikatakan mengambil inspirasi daripada penyanyi tersebut.

Najwa kini menetap di Shah Alam bersama kakaknya setelah memulakan pengajian di Universiti Tun Abdu Razak (UNITAR) di peringkat Asasi dalam bidang Pengurusan. Cita-cita gadis yang berasal daripada Batu Pahat, Johor ini adalah untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang TESL atau Teaching English as Second Language apabila tamat program Asasi tersebut.

"Selepas mendapat keputusan SPM beberapa bulan lalu, saya memang dah berfikir dan menetapkan untuk menyertai program Asasi dalam bidang Pengurusan kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang TESL.

"Memang sejak dulu lagi saya meminati bidang ini dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru mahupun pensyarah. Sejak bulan Jun lalu saya mula memasuki kelas selepas lama berehat.

"Undangan persembahan dan sebagainya masih saya penuhi tetapi semua bergantung kepada kelapangan masa kerana saya akan beri keutamaan kepada pelajaran dahulu,"ujarnya ketika hadir pada majlis berbuka puasa amal bersama-sama anak yatim daripada Rumah Titian Kasih sempena pelancaran Dikir Aidilfitiri di Sungei Wang Plaza, Selasa lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan