Nuffnang

Selasa, 27 Ogos 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Teruja, Akui Mahu Berkahwin - Gua.com.my

Posted: 23 Aug 2013 03:19 AM PDT

Trailer filem KL Gangster 2 mendapat sambutan memberangsangkan setelah ditayangkan untuk tontonan umum di laman sosial Youtube sekali gus membuatkan pelakon dan pengarah muda, Shamsul Yusof lebih teruja serta berdebar menanti tarikh tayangannya tidak lama lagi.

"Walaupun filem tersebut tertangguh hampir dua tahun namun saya percaya bahawa KL Gangster mempunyai peminat sendiri dan dijangka mampu untuk memeriahkan keadaan industri perfileman sekarang. Perasaan berdebar itu tetap ada dan saya mengharapkan yang terbaik untuk filem ini," katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem KL Zombie, di The Curve, Kuala Lumpur, semalam.

Dia mengakui menghadapi tekanan bukan sahaja bagi mencapai jangkaan untuk menghasilkan prekuel bagi KL Gangster malah dia turut mencabar dirinya untuk menjadi pengarah yang lebih baik berbanding filem sebelumnya.

"Saya ingin menjadi pengarah yang versatil dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga. Sebagai pengarah saya ingin kombinasi antara filem yang berkualiti dan sambutan yang baik. Ada hikmah di sebalik perselisihan faham saya dan ayah kerana kami mempunyai cara kerja yang berlainan," ujar Shamsul lagi.

Shamsul turut menjelaskan filem yang memaparkan bahagian pengenalan bagi filem KL Gangster itu menelan kos sebanyak 4.5 juta yang merupakan belanja terbanyak yang dikeluarkan oleh syarikat Skop Productions serta Shamsul sendiri sebagai pengarah.

Sementara itu, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 ini juga mengakui hatinya sudah terdetik untuk berumahtangga selepas filem KL Gangster 2 ditayangkan. Selain menyedari usianya sudah menjangkau ke 29 tahun, kejadian ayahnya rebah lalu dikejarkan ke hospital baru-baru ini turut menjadi faktor dia mula memikirkan hal kahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan