Nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Julfekar Minta <b>Farawahida</b> Tidak Burukkan Namanya – Perak Today

Posted: 12 Sep 2013 06:00 PM PDT

wahida

Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan.

Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

"Ikut suka sayalah nak tulis apa sekalipun! Kenapa dia nak terasa? Sekarang ini saya tak cakap apa-apa pun berkaitan dengannya. Dia saja yang selalu menyebut nama saya di media," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Status Julfekar di Facebook yang menjadi kontroversi itu antara lain meminta seseorang agar tidak berlagak baik selain tidak bersikap hipokrit.

Rabu lalu sebuah akhbar melaporkan Farawahida reda dengan tohmahan yang dibuat oleh komposer terbabit dan berharap nama mereka tidak dikaitkan lagi memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Julfekar turut berasa pelik apabila Farawahida membuat kenyataan dia telah memaafkan perbuatannya itu.

"Siapa yang minta maaf kepada siapa sebenarnya? Sebelum ini, saya telah menarik kes saman saya terhadapnya selepas dia telah meminta maaf kepada saya di depan hakim.

"Dan sekarang ini dia bangkitkan cerita lama kononnya dia sudah maafkan saya. Jangan sampai saya mengambil tindakan sekali lagi terhadapnya," tegas Julfekar.

Hubungan kedua-dua pasangan itu menjadi keruh apabila Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).

Kemelut yang melanda mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan polis atas dakwaan komposer itu mengugut mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.

Julfekar turut memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam namun Julfekar telah menarik balik kes itu.

- mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan