Nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Akui Kerdil Di Pilih Jadi Pengacara AF 2013 | Oh! Artis

Posted: 27 Aug 2013 11:18 PM PDT

ohartis-zizan-razak-1

Pelawak dan pelakon yang namanya kian bersinar Zizan Razak nampaknya bakal menceburkan diri secara dalam bidang pengacaraan apabila ditawarkan menjadi hos rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini.

Namun begitu, Zizan mengakui agak bimbang tidak dapat berikan yang terbaik kerana terasa kurang pengalaman yang cukup untuk mengendalikan rancangan tersebut di tambah pula, pengacara sebelum ini adalah hebat-hebat yang terdiri dari Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.

"Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini," jelas Zizan.

Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

Walau bagaimanapun, Zizan merasa sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik.

"AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah," ujarnya.

OHARTIS: TAK SALAH CUBA SESUATU YANG BARU, MANA TAHU BOLEH MENCIPTA NAMA SEBAGAI PENGACARA PULA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan