Nuffnang

Rabu, 4 September 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Ibu rayu <b>Fizz Fairuz</b> dan Almy kembali bercinta - cerita kosong ku

Posted: 30 Jul 2013 11:01 PM PDT


Ibu rayu Fizz Fairuz dan Almy kembali bercinta - Sejak putus tunang dengan isteri orang, Azlyn Massiela pada 10 Februari lalu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, kini lebih berhati-hati dalam menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan kaum hawa.

Terbaru, pelakon drama Nur Kasih ini dikatakan telah diminta oleh ibunya untuk kembali ke pangkuan Almy dan meletakkan syarat kepadanya agar berkahwin dua tahun lagi serta bertunang dua jam sebelum ijabkabul.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy." 
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Almy Nadia setakat ini, Fizz memberitahu dia masih berhubung dengan Almy tetapi sebagai kawan biasa.
"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang-hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis penggambaran dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan