Nuffnang

Jumaat, 13 September 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> jawab isu loket berbentuk salib (3 Gambar)

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT


Agak kecoh baru-baru ini apabila gambar Jehan Miskin bersama isteri yang dimuat naik ke laman Insta telah dipertikaikan beberapa pihak.

Menurut sumber, terdapat beberapa orang peminat yang menegur loket milik Jehan kerana ia hampir berbentuk salib, ada juga peminat yang menyebelahi Jehan dengan menerangkan maksud loket tersebut adalah bentuk logo pengakap. Persoalannya di sini, jika ia loket pengakap, apakah motif Jehan memakainya?

Pada temubual dengan Berita Harian hari ini, Jehan telah menjawab isu tersebut. Menurutnya,

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk membetulkan salah faham.

Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan