Nuffnang

Ahad, 8 September 2013

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 07:15 PM PDT


<b>KRU</b> Music Tampil Dengan &#39;Oh My Raya!&#39; - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 07:08 PM PDT

Tinggal kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal yang mulia. Bagi menambahkan kemeriahan suasana Aidilfitri, KRU Music mengambil inisiatif dengan menerbitkan album kompilasi terhebat yang membariskan seleksi lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman yang berjudul 'Oh My Raya!'.

Selaras dengan judulnya, album ini membariskan 15 buah lagu raya kombinasi artis lama dan baru. Lagu-lagu yang terdiri daripada 10 buah lagu hit terdahulu, dua buah lagu baru serta tiga buah lagu rakaman semula.

Dua buah lagu raya terbaru yang dimuatkan dinyanyikan oleh Forteen dan KRU sendiri berjudul '10 Jari Aidilfitri dan 'Erti Aidilfitri'. Manakala lagu rakaman semula merupakan lagu nyanyian Dato' AC Mizal dan Sepahtu berjudul 'Raya', 'Seloka Hari Raya' nyanyian Qalam Band dan Rafidah Ibrahim serta 'Suasana Hari Raya' nyanyian semula Stellar Band dan Illa Sabry.

Menemui Edry Abdul Halim selaku penerbit bagi album kompilasi ini, dia menjelaskan album ini mempunyai keseimbangan antara lagu raya yang selalu didengari dan lagu raya baru.

"Album ini menggabungkan beberapa lagu baru dan lagu-lagu lama. Album ini punyai keseimbangan antara lagu-lagu raya yang sudah biasa didengari dan lagu-lagu baru," jelas Edry ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album 'Oh My Raya!' anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur.

"Di samping itu, album ini juga menampilkan artis-artis yang pertama kali merakamkan lagu raya, seperti kumpulan KRU, Forteen, Dato' AC Mizal, Fida Ibrahim dan ramai lagi. Album ini merupakan cenderahati kami kepada peminat di luar sana sempena sambutan Syawal," ulas Edry lagi.

Selain itu, KRU Music juga turut menerbitkan video klip istimewa lagu terbaru 'Erti Aidilfitri' dan '10 Jari Aidilfitri' yang diarahkan oleh Wa'an Hafiz yang telah pun dilancarkan secara digital di laman Youtube. Dapatkan album ini di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula 5 Ogos 2013 pada harga RM19.90 sahaja.

Tempah Tempat Di <b>KRU</b> Masterclass Sekarang - Suara Bawah Tanah

Posted: 25 Mar 2013 07:00 PM PDT

Maksud nama kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap Unggul, sememangnya kena dengan tiga beradik ini. Manakan tidak, sedari Belalang masih kecil hinggalah dah mempunyai dua orang cahaya mata, KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry terus gah dalam membina empayar mereka.

Bermacam-macam kejayaan telah ditempa kumpulan ini, baik dalam negara ataupun diluar negara. Malah KRU juga telah berjaya menubuhkan KRU Academy di Cyberjaya. Satu pencapaian yang benar-benar hebat bagi mereka.

KRU Masterclass | Buat duit di era digital

Kumpulan Rap Unggul (KRU)

Kini, KRU bergandingan bersama-sama Irfan Khairi (jutawan internet Malaysia) cuba berkongsikan RAHSIA kejayaan mereka. KRU Masterclass menjemput sesiapa sahaja baik usahawan ataupun bukan untuk mendalami teknik dan strategi yang digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi sepertimana yang anda inginkan di arena tempatan dan juga antarabangsa.

Acara 1 hari, KRU Masterclass akan dijalankan di KRU Academy, Cyberjaya pada 13hb April 2013. Di dalam acara ini, anda akan diajar Teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial (Facebook, Twitter dan YouTube), Cara menggunakan visual dalam menarik perhatian pelanggan dan banyak lagi!

Harga asal untuk KRU Masterclass adalah RM590. TETAPI, anda bernasib baik kerana adanya tawaran early bird menjadikan harga promosinya ialah __________. Nak tahu sila lihat sendiri di sini ==> KRU MASTERCLASS

Jangan lepaskan peluang ini. Buat tempahan awal sebelum 13hb April 2013

Incoming search terms:

  • TEMpat tempat menarik di cyberjaya (3)
  • kru academy 2013 (2)
  • peluang perniagaan di kru (1)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Tiada ulasan:

Catat Komen