Diana Amir - Google Blog Search |
<b>Diana Amir</b> Bakal Nikah | Umum Tarikh Kahwin | Sebar Pada Semua Posted: 17 Oct 2013 06:58 AM PDT Diana Amir Bakal Bernikah, Akan Umum Tarikh Perkahwinan. Diana Amir, pelakon cantik bertudung akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya. Pertunangan yang telah diikat tahun lalu sampai di penghujungnya. Hari Jumaat ini (18 Oktober 2013), Diana Amir akan umumkan tarikh pernikahannya pada semua peminat. ------------------------------------------------ Pelakon jelita Diana Amir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunangnya, Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini. Menurut Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, pihak pengurusan MIG akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan mengenai perkara itu pada Jumaat ini. "Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua hal tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," katanya kepada mStar. Diana, 27, telah mengikat tali pertunangan dengan Habibbullah yang merupakan seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah pada September tahun lalu. Sementara itu, Diana mengakui kini dia kurang menerima tawaran berlakon kerana watak yang diberikan tidak sesuai dengan imejnya yang kini bertudung. "Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung. Jika ada sekalipun babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian. "InsyaAllah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung, saya akan terima." ------------------------------------------------ P/S : Semoga perkahwinan itu nanti akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang mereka. |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan