Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
<b>Fauzi Nawawi</b> dan Noni AF5 nafi bercinta, hanya rakan kerja Posted: 09 Oct 2013 07:43 PM PDT Fauzi Nawawi dan Noni AF5 nafi bercinta, hanya rakan kerja - Nama Fauzi Nawawi memang sinonim dengan gosip-gosip liar yang sering dikaitkan bercinta dengan ramai artis muda lain sebelum ini, namun kembali reda setelah berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada tahun 2008. Terbaru, aktor itu dikatakan bercinta dengan Noni AF5 yang merupakan salah seorang anak didiknya. Ekoran itu, Noni segera tampil membuat penjelasa menerusi Harian Metro untuk mengelakkan kekliruan dan perpecahan dalam keluarga Fauzi. "Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan." "Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?" Dalam pada itu, Noni mendakwa mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan