Fasha Sandha - Google Blog Search |
<b>Fasha Sandha</b> Pendam Perasaan Sedih | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 22 Oct 2013 05:00 PM PDT Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa aktres bernama Fasha Sandha ini pernah memendam perasaan sedih dan sakit hati beberapa bulan selepas dia melahirkan anak sulungnya. Bukan kerana berdepan masalah rumahtangga atau keluarga, sebaliknya Fasha berasa sedikit tertekan apabila berat badannya bertambah sebaik sahaja bersalin. Tambah menyakitkan hati apabila terdapat segelintir pihak sering melabelnya gemuk dan menegur penambahan berat badannya itu.
Sejak dari itu, pelakon ini mula mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan Slimworld dan mula memantau pengambilan makanannya dengan penuh disiplin.
Untuk pengetahuan anda, Fasha kini sudah dilantik menjadi duta Slimword selama dua tahun sekaligus menjadikannya setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.
Menerusi rawatan berserta diet yang seimbang, Fasha kini telah berjaya mengurangkan berat badan dari 78kg kepada 58 kg. Namun begitu, pelakon ini bersedia melakukan rawatan yang seterusnya untuk mencapai bentuk badan yang lebih sempurna. Beralih kepada soal kerjaya pula, Fasha kini sedang sibuk menjadi juri untuk sebuah program baru yang diberi nama Projek M dalam mencari bakat baru sebagai pengacara TV, penyampai radio dan juga kolumnis. Dalam masa yang sama, Fasha ada menerima beberapa tawaran lakonan namun masih dalam proses untuk menilai tawaran tersebut agar tidak bercanggah dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.
Menurutnya lagi, dia perlu lebih selektif dan memastikan tidak melakonkan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi pada masa akan datang. Bagaimanapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Fasha yang ditemui sewaktu majlis perlantikannya sebagai duta baru Slimworld semalam. |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan