Nuffnang

Rabu, 30 Oktober 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Wanita Yang Sempurna - <b>Fizz Fairuz</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 24 Sep 2013 05:09 PM PDT

Almy Wanita Yang Sempurna   Fizz Fairuz

Umum tahu sebelum ini  Fizz Fairuz pernah dikaitkan bercinta dengan Almy Nadia, namun begitu hubungan cinta mereka berakhir apabila secara tiba-tiba aktor tersebut bertunang dengan wanita lain sekitar Februari lalu.

Artikel Berkaitan :

Setelah hampir tujuh bulan kontroversi tersebut berakhir, kedua-dua pelakon itu dikatakan kembali rapat dan sewaktu bertemu dengan Fizz Fairuz semalam, aktor berkenaan akui sememangnya dia sudah kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Almy dan merancang untuk menyunting pelakon wanita tersebut sebagai isterinya pada tahun hadapan.

Ya, kami kembali bercinta balik. Insyallah kali ini saya tak nak tunggu lama-lama. Jika tiada aral melintang, mungkin tahun depan dan kalau boleh saya nak terus bernikah.

Tapi saya tak nak paksa dia (Almy) dan sedang bagi dia masa untuk fikirkan soal ini.

Almy Wanita Yang Sempurna   Fizz Fairuz

Dalam pada itu, Fizz turut menyatakan bahawa buat masa ini dia masih belum berpeluang untuk bertemu dengan keluarga Almy dan akui tidak akan memaksa pelakon wanita tersebut untuk menerima dirinya sebagai suami setelah apa yang telah berlaku antara mereka sebelum ini.

Buat masa ini saya belum berjumpa dengan keluarga Almy dan mereka cuma tahu mengenai hubungan kami melalui kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan di media.

Kalau keluarga dia OK dan boleh terima saya, Insyallah kami akan teruskan niat suci ini. Saya pun tak nak mendesak sangat sebab Almy pun ada hak dia sendiri.

Almy Wanita Yang Sempurna   Fizz Fairuz

Memandangkan sebelum ini hubungan cinta mereka pernah diduga dengan pelbagai kontroversi, maka timbul juga persoalan di kalangan pihak media, mengapakah Fizz kembali semula kepada Almy dan bukan wanita lain?

Sambil tersenyum, aktor tersebut menyatakan bahawa Almy Nadia merupakan seorang wanita yang sempurna dan akui tiada wanita lain yang boleh menggantikan tempat Almy dihatinya.

Mungkin disebabkan jodoh. Memang ramai perempuan yang datang tapi tak sama macam dia. Almy memang seorang yang sempurna dan kami ada keserasian. Lagipun kami dah kenal hampir tujuh tahun.

Mengenal orang yang kita baru kenal 2, 3 jam tak sama macam kita kenal seseorang itu tujuh tahun. Anak angkat dia pun sangat manja dengan saya dan memanggil saya dengan gelaran papa.

Selain itu, beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Fizz difahamkan bakal muncul dalam sebuah program terbaru TV3 berjudul Liga Lawak SuperStar yang akan mula ditayangkan mulai 6 Oktober depan.

Di sini OHBULAN! turut kongsikan beberapa foto terkini Fizz Fairuz sewaktu bertemu di Training & Eco Resort, Hulu Langat semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan