Fida Ibrahim - Google Blog Search |
<b>Fida Ibrahim</b> demand? - Utusan Online Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT Fida perlu cermin diri dulu sebelum mengambil tindakan yang kurang matang. KERANA bimbangkan keselamatan diri Fida Ibrahim mengakui melarikan diri dari set penggambaran telefilem terbaru lakonannya berjudul Kampungku dan Aidiladha di Baling, Kedah minggu lalu. Menurut Fida, pihak produksi tersebut tidak mengendahkan keselamatan dirinya. sebab lain yang didakwa turut menyumbang kepada keputusan melarikan diri dari set adalah kerana dia tidak tahan disindir oleh pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar yang turut menjayakan telefilem tersebut. Itu kisah yang diceritakan sendiri oleh Fida. bagaimanapun versi lain yang turut perlu dipertimbangkan Aida adalah kisah daripada mereka yang turut berada di tempat penggambaran tersebut. Menurut sumber yang disampaikan sejak hari pertama lagi, Fida sebenarnya sudah mempersoalkan kemudahan yang diberikan pihak produksi. Selain tidak menyukai bilik hotel yang disediakan, Fida turut menyampaikan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan set penggambaran yang dikatakan kurang selesa. Kalau benar ini yang berlaku, Aida rasa memang tidak patut perkara ini dipersoalkan pelakon baru seperti Fida. Dia seharusnya tahu bahawa Baling merupakan kawasan luar bandar, dan tentunya berbeza dari Kuala Lumpur. Kalau benar mahu kemudahan kelas A mungkin dia perlu membuktikan sesuatu dahulu sebelum mahu di layan bagai seorang Diva. Tidak cukup dengan itu, Fida turut mempersoalkan kredibiliti pengarah telefilem tersebut Shuhaimi Lua. Bagi Aida ini sudah melampau, untuk Fida memberi alasan ini sebagai sebab untuk dia tidak boleh bekerjasama dengan pengarah yang dianggapnya masih baru itu. Bagi Shuhaimi ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan insiden sebegini. malah menurutnya Fida tidak akan lagi berada di bawah pengarahannya kelak. Aida melihat amaran ini sebagai balasan untuk sikap Fida yang tidak profesional itu. "Kalau benar dia tidak menyukai cara pengarahan saya, sepatutnya masalah ini dibincang kami berdua, bukan terus dia melulu melaporkan kepada pihak penerbit dan terus melarikan diri dari set penggambaran. "Secara peribadi pada mulanya saya lihat dia mudah bekerjasama. Namun selepas berlakunya perkara ini, jujur saya katakan memang ini kali pertama dan kali terakhir saya akan berkerjasama dengan dia," katanya. |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan