Nuffnang

Selasa, 22 Oktober 2013

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Najwa Mahiaddin</b> Pilih Kota New York - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2013 09:52 PM PDT

Jika dihitung, penyanyi Najwa Mahiaddin sepatutnya sudah tamat pembelajaran di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts. Jadi, adakah penyanyi ini sudah pulang ke Malaysia bagi meneruskan kariernya sebagai penyanyi? Dalam satu kenyataan media yang dihantar oleh 'publicist' Najwa di sini, difahamkan Najwa kini menetap di Kuta New York dan mula mengorak langkah dalam bab baru kehidupannya.

Menurut kenyataan media itu, setelah menamatkan pelajaran dalam jurusan 'Contemporary Writing and Production', dia telah membuat keputusan untuk pergi ke Big Apple untuk meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian. Hanya baru beberapa bulan sahaja berpindah, Najwa kini sibuk dengan persembahan-persembahan gig di kafe-kafe and kelab-kelab di sekitar Brooklyn dan Manhattan.

"Sebelum berpindah ke sini pada bulan Februari lalu, saya mempunyai beberapa kenalan daripada Berklee College of Music Alumni. Salah satu daripada mereka ialah Andres Marin, dia telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sewaktu di kolej lagi yang diberi nama Mostacho Xprmnt di mana dia bermain alatan drum. Sebenarnya, dia juga baru sahaja berpindah ke New York dan kami berpakat bahawa in adalah peluang yang bagus untuk bekerjasama. Dialah yang bertanggungjawab membolehkan saya membuat persembahan di tempat-tempat tersebut," ulas Najwa.

Sewaktu membuat persembahan dengan kumpulan tersebut, Najwa selalunya akan menyanyikan lagu-lagu Erykah Badu atau Jill Scott dan juga lagunya sendiri. Seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Haruka Yabuno selaku pemain keyboard turut menyumbangkan lagu ciptaannya untuk dinyanyikan oleh Najwa.

"Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini ialah memulakannya semula dan ianya bukan mudah," jelas Najwa bahawa dia harus melakukannya dari bawah sama seperti dia mula-mula menapak ke dalam arena muzik tanahair tetapi pada masa yang sama dia merasa bertuah kerana telah bertemu dengan ahli-ahli muzik muda yang berbakat besar dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik.

Dia bukan sahaja membuat persembahan di Las Vegas, bahkan juga di Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica, semua oleh kerana idea rakannya, Andres.

"Saya berasa amat teruja dapat membuat persembahan di hadapan para penonton di sana. Sambutannya amat menggalakkan! Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal saya kerana ianya lain daripada yang biasa mereka dengar dan mereka hanya bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun bahasa merupakan masalah utama, ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk memghayati persembahan kami kerana muzik itu bahasa universal dan itulah keistimewaanya," ulas Najwa lagi.

Dalam kesibukkan membuat persembahan, Najwa masih sempat menghasilkan projeknya sendiri. Terbaru, dia dalam proses menghasilkan EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono. Jelas Najwa lagu tersebut sebenarnya telah dihasilkan pada tahun 2012, namun ia tidak dapat diterbitkan kerana berlaku kecurian. Dek kerana itu, dia dan rakannya itu terpaksa menghasilkan lagu itu semula.

"Sebenarnya lagu tersebut telah pun dihasilkan pada tahun lepas dan kami ingin menerbitkannya pada tahun yang sama. Malangnya, berlaku kecurian dan rakan saya kehilangan lagu kami dan kami terpaksa menghasilkannya semula. Akhirnya EP tersebut terpaksa ditangguhkan penghasilannya semula kerana masing-masing sibuk. Kini, kami berdua tidak beberapa sibuk dan kami rasakan sekarang adalah masanya untuk menyiapkan lagu tersebut.

Lagu ini pastinya berlainan daripada lagu 'Got To Go' yang mempunyai nada gembira. Kami juga telah menambahkan elemen elektronik tetapi masih mengekalkan irama RNB. Ia sebenarnya mempunyai pengaruh lagu-lagu daripada James Blake dan Little Dragon. Kami mengharapkan lagu tersebut dijangka siap pada bulan hadapan dan akan dikeluarkan lewat tahun ini," ujar Najwa.

Mengulas tentang kepulangannya ke Malaysia, Najwa memberitahu bahawa sekarang ini dia mahu mengukuhkan kedudukannya di Amerika Syarikat dahulu kerana masih mempunyai beberapa projek yang perlu diselesaikan. 

"Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan saya di arena muzik di sini, dan saya juga masih mempunyai beberapa lagi projek yang bakal dihasilkan bersama penerbit-penerbit lain. Salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, seorang gitaris dan komposer yang amat berbakat. Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. Insya-Allah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai atau jika ada peluang dan untuk tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan mini showcase ataupun konsert," ulas Najwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan