Nuffnang

Jumaat, 11 Oktober 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Hans Isaac</b> Beralih Ke Singapura - Gua.com.my

Posted: 18 Sep 2013 11:37 PM PDT

Penerbit, pelakon serta pengarah filem, Hans Isaac sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk tidak menerbitkan filem lagi untuk jangka masa lima atau enam tahun akan datang gara-gara terkilan apabila filem terbarunya, 'Lemak Kampung Santan' tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

Namun, tidak sampai sebulan perkara tersebut disuarakan, pengarah 'Cuci The Musical' yang ditemui ketika sidang media 'Lawak Ke Der 3' di Istana Budaya, pada petang Rabu, memberitahu dia bakal tampil dengan sebuah filem terbaru pada bulan Februari tahun depan berjudul, 'Carmina'.

"Saya tidak akan tukar keputusan saya sebelum ini iaitu untuk tidak terbitkan filem lagi di Malaysia. Saya masih tetap dengan pendirian saya. Namun, saya akan muncul dengan sebuah filem Inggeris pada Februari tahun depan di mana ia bukan untuk pasaran industri Malaysia tapi untuk festival antarabangsa.

Filem 'Carmina' mengisahkah tentang kisah mendiang ibu saya, Carmina Anciano Isaac selain mengenai apa yang berlaku dalam hidup saya. Filem ini tiada unsur komersial dan merupakan sebuah kisah emosional," ujar Hans menafikan menghasilkan filem tersebut sebagai tanda protes terhadap industri filem Malaysia.

"Saya tidak protes industri filem negara, tetapi saya jumpa cara lain untuk buat filem. Saya akan jalani penggambaran filem ini di Singapura kerana di sana bebas untuk buat apa yang kita nak. Filem saya agak sensitif dan saya tahu wajib tayang tidak boleh terima cerita sebegini.

Negara kita ada banyak lesen, syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi, jadi kerana tidak mahu melanggar peraturan serta tidak mahu cerita ini dipotong, saya akan buat filem ini di Singapura. Lagipun filem serius begini tidak dapat pasaran di Malaysia, jadi kenapa saya nak habiskan duit untuk hasilkan filem sebegitu di sini," katanya mengakhiri perbualan.

David Teo Pijak Saya! - <b>Hans Isaac</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 Aug 2013 11:00 PM PDT

Pada: Sabtu, 17 Ogos 2013 Ni lah nasib pengarah muda, Hans Isaac yang difahamkan mahu berhenti daripada menghasilkan filem dan akan memfokuskan kepada bidang teater.

Akibat daripada filem terbarunya Lemak Kampung Santan yang kurang mendapat sambutan.

Tambahan lagi filem berkenaan bersaing hebat dengan filem keluaran David Teo, Adnan Sempit 3 dimana filem Adnan Sempit 3 ini mengutip kutipan yang baik berbanding filem Hans.

David Teo ada juga mengomen mengenai filem Hans dimana filem dia berjaya mengenepikan filem Hans itu. Tapi Hans sendiri sedikit terluka dan terkilan mengenai komen David itu.

"Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya.

"Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu," ujar Hans. -Sinar Harian Online.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Kenyataan David Teo Seperti Memijak Saya – <b>Hans Isaac</b> |

Posted: 15 Aug 2013 08:57 PM PDT


Kesiannya menjadi seseorang yang bernama Hans Isaac sekarang ini. Sudahlah filem terbitan tidak berapa laku di pawagam, hati pula terguris apabila David Teo mengeluarkan kenyataan filem Adnan Sempit 3 berjaya mengenepikan filemnya.
adnan
Untuk makluman, Adnan Sempit 3 dan Lemak Kampung Santan ditayangkan serentak pada 1 Syawal. Berbanding kutipan rendah Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 telah pun berjaya mengutip RM2.3 juta. Satu angka yang sangat memberangsangkan dan pastinya menguntungkan David Teo selaku penerbit.

adnan sempit 3

Kecewa dengan kenyataan David Teo, Hans Isaac berkata kepada Sinar Harian:-

Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya.

Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu

hans isaac
Hmmm. Rasanya perkara seperti ini boleh dibawa berbincang antara Hans Isaac dan David Teo. Lagipun kita pun tak tahu yang bahasa Melayu David Teo kadang kala tidak berapa tepat penggunaanya. Tak perlu gaduh-gaduh. Anda berdua cari makan di industri yang sama. Lebih baik berdamai dan berbincang mengenai strategi memikat hati penonton ke pawagam. Tak gitu?

P.S: Harga Toyota Vios 2013 diumumkan

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan