Nuffnang

Jumaat, 11 Oktober 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Sukar Lakon Aksi Berahi - Gua.com.my

Posted: 09 Sep 2013 10:11 AM PDT

Aktres jelita, Intan Ladyana menjelaskan yang adegan berahi yang dilakonkan olehnya dengan aktor Farid Kamil merupakan salah sebuah babak yang paling sukar dilakonkan dalam filem terbarunya, 'Dampak', yang bakal menjengah ke pawagam pada 19 September ini.

"Babak tersebut merupakan babak yang paling sukar untuk saya lakonkan. Sepatutnya adegan itu adalah adegan watak Giran (lakonan Farid Kamil) merogol Qyra (lakonan saya). Tapi selepas berbincang dengan pengarah, adegan itu menjadi adegan yang bercampur baur.

Antara keinginan Giran yang mahu merogol Qyra, pada masa yang sama Qyra juga dalam diam suka kepada Giran dan yang membuatkan keadaan menjadi rumit lagi adalah Giran dan Qyra mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti adik beradik. Qyra sukakan Giran namun Qyra cemburu kerana sebenarnya Giran suka kepada Hana (Julian Evans)," cerita heroin filem 'Adnan Sempit' ini.

Ketika ditanya adakah dirinya sudah bersedia jikalau adegan berahi yang dia lakonkan bersama Farid dalam filem 'Dampak' ini akan menjadi bualan hangat dan disensasikan oleh sesetengah pihak, Intan ada jawapan tersendiri.

"Saya rasa perkara ini tidak menjadi masalah kerana babak ini sebahagian daripada jalan cerita. Lagipun, adegan ini bukan dibuat secara 'real', tenaga produksi menggunakan teknik kamera dalam merealisasikan babak ini," jelas kekasih kepada pelakon Kamal Adli ini.

Mengulas mengenai cabaran lain yang dihadapinya dalam menjayakan 'Dampak', Intan menjelaskan dia terpaksa melakonkan aksi merokok sedangkan pada hakikatnya dia tidak gemar dengan asap rokok.

"Antara cabaran yang saya tempuhi adalah saya terpaksa merokok untuk menghidupkan watak Qyra. Realitinya, saya merupakan seorang yang tidak suka langsung dengan asap rokok, tapi saya harus mengambil cabaran ini.

Selain itu, babak pertarungan juga merupakan satu cabaran buat saya. Walaupun babak pertarungan dalam filem ini tidaklah banyak jika ingin dibandingkan dengan babak pertarungan dalam filem 'Bini-Biniku Gangster', tetapi babak pertarungan yang ada dalam filem ini saya harus campurkan dengan lebih beremosi untuk menjayakan watak Qyra dengan baik," jelas Intan mengakhiri perbualan.

Kamal Adli, <b>Intan Ladyana</b> Sudah Sedia Kahwin - MyNewsHub

Posted: 30 Sep 2013 05:14 PM PDT


PELAKON Kamal Adli sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres Intan Ladyana kerana merasakan kedudukannya lebih stabil untuk membina keluarga.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, setakat ini dia sudah pun memiliki aset seperti rumah sendiri dan kereta namun ingin melunaskan satu lagi hasrat iaitu membuka gelanggang futsal sebelum membuat keputusan menyunting kekasihnya itu.

"Saya dah bersedia untuk kahwin dan kami (dengan Intan) ada berbincang mengenai perkahwinan.

"Alhamdulillah saya sudah memiliki rumah dan kereta untuk keselesaan Intan nanti. Cuma tinggal satu perkara sahaja lagi iaitu saya mahu membuka tempat bermain futsal sebelum kami mendirikan rumah tangga," katanya kepada mStar Online.

Tambah Kamal, dia merancang akan membuka gelanggang futsal tersebut di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada akhir tahun ini atau awal tahun 2014 bersama seorang rakan kongsinya.

Dalam pada itu, dia juga gembira apabila pihak media semakin kurang bertanyakan mengenai kisah cintanya.

"Saya seronok sangat apabila kami dah tak lagi dikaitkan dalam mana-mana berita mahupun gosip. Yalah… lagipun semua orang dah tahu mengenai perhubungan ini.

"Orang mesti kata 'dia orang tunggu masa nak kahwin saja'… Itu yang mereka dah tak banyak cakap fasal kami. Tetapi macam mana pun kami tetap tidak boleh lari daripada persoalan, 'bila nak kahwin?'," selorohnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya, Kamal baharu saja selesai penggambaran drama Terukir Di Bintang bersama pelakon Tasha Shilla dan Wan Ilyas bagi tayang slot Samarinda TV3 tidak lama lagi serta drama Bulan Tiada Madu bagi siaran TV9.

Selain itu, Kamal turut menyertai sebuah pertandingan program Liga Lawak Superstar terbitan Vision Works Sdn. Bhd untuk siaran TV3 pada Oktober ini.

"Saya bersyukur juga sejak tawaran kerja tidak pernah putus dan Alhamdulillah saya masih lagi berada di landasan yang betul dalam ingin menjadi pelakon yang baik." ujarnya. – mStar

Kamal Adli, Intan Ladyana Sudah Sedia Kahwinhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Kamal-Adli-Intan-Ladyana-Sudah-Sedia-Kahwin.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Kamal-Adli-Intan-Ladyana-Sudah-Sedia-Kahwin-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELAKON Kamal Adli sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres Intan Ladyana kerana merasakan kedudukannya lebih stabil untuk membina keluarga. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, setakat ini dia sudah pun memiliki aset seperti rumah sendiri dan kereta namun ingin melunaskan satu lagi hasrat iaitu...

PELAKON Kamal Adli sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres Intan Ladyana kerana merasakan kedudukannya lebih stabil untuk membina keluarga. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, setakat ini dia sudah pun memiliki aset seperti rumah sendiri dan kereta namun ingin melunaskan satu lagi hasrat iaitu membuka gelanggang futsal sebelum membuat keputusan menyunting kekasihnya itu. "Saya dah bersedia untuk kahwin dan kami (dengan Intan) ada berbincang mengenai perkahwinan. "Alhamdulillah saya sudah memiliki rumah dan kereta untuk keselesaan Intan nanti. Cuma tinggal satu perkara sahaja lagi iaitu saya mahu membuka tempat bermain futsal sebelum kami mendirikan rumah tangga," katanya kepada mStar Online. Tambah Kamal, dia merancang akan membuka gelanggang futsal tersebut di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada akhir tahun ini atau awal tahun 2014 bersama seorang rakan kongsinya. Dalam pada itu, dia juga gembira apabila pihak media semakin kurang bertanyakan mengenai kisah cintanya. "Saya seronok sangat apabila kami dah tak lagi dikaitkan dalam mana-mana berita mahupun gosip. Yalah... lagipun semua orang dah tahu mengenai perhubungan ini. "Orang mesti kata 'dia orang tunggu masa nak kahwin saja'... Itu yang mereka dah tak banyak cakap fasal kami. Tetapi macam mana pun kami tetap tidak boleh lari daripada persoalan, 'bila nak kahwin?'," selorohnya. Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya, Kamal baharu saja selesai penggambaran drama Terukir Di Bintang bersama pelakon Tasha Shilla dan Wan Ilyas bagi tayang slot Samarinda TV3 tidak lama lagi serta drama Bulan Tiada Madu bagi siaran TV9. Selain itu, Kamal turut menyertai sebuah pertandingan program Liga Lawak Superstar terbitan Vision Works Sdn. Bhd untuk siaran TV3 pada Oktober ini. "Saya bersyukur juga sejak tawaran kerja tidak pernah putus dan Alhamdulillah saya masih lagi berada di landasan yang betul dalam ingin menjadi pelakon yang baik." ujarnya. - mStar