Difahamakan memetik portal
Murai semalam, Lisdawati kini sudah bertampilan dengan bertudung pada dirinya, wah baguslah, memang ramai yang setuju. Namun Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu enggan disalah erti penampilannya yang kini bertudung, memandangkan dia akan membuka tudung ketika berlakon jika diminta produser berbuat demikian kerana itu adalah punca rezekinya membesarkan anak-anaknya.
"Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat."Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan.
"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.
"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.
"Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.
"Kerana saya tiada sumber mata pencarian lain, cuma baru sekarang saya sedang berusaha untuk membuka perniagaan supaya saya tidak terlalu berharapkan daripada sumber sebagai pelakon. Semua itu masih dalam perancangan.
"Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.
"Ini adalah niat saya dan untuk diri saya sendiri, itu sahaja,"jelas Lisdawati
Tag : Berita Artis , Fauzi Nawawi , Lisdawati , Pelakon , Suami Isteri , Tudung
Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan