Lisdawati - Google Blog Search |
- Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi <b>Lisdawati</b>
- <b>Lisdawati</b> sudah lali gosip suami bercinta – Perak Today
- noni af5 jalin hubungan cinta dengan suami <b>lisdawati</b>..??? - Bicara <b>...</b>
Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi <b>Lisdawati</b> Posted: 10 Oct 2013 01:00 PM PDT Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi Lisdawati - Semalam, Fauzi Nawawi didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan anak didiknya, Noni AF5 sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat. Bagaimanapun, pelakon dan pengarah itu menafikan gosip liar berkenaan menerusi mStar online dan menyuarakan rasa kesalnya kerana sering dikaitkan bercinta dengan artis-artis wanita muda. "Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal." "Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd." Terdahulu, isteri Fauzi, Lisdawati yang kini sudah berubah ke arah bertudung memberitahu tidak terganggu dengan kontroversi terbabit dan mendakwa sudah lali dengan gosip-gosip liar seperti itu. Dalam pada itu, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya. "Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti." "Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan." |
<b>Lisdawati</b> sudah lali gosip suami bercinta – Perak Today Posted: 10 Oct 2013 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pelakon Lisdawati, 34, enggan mengulas khabar angin mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara suaminya Fauzi Nawawi dan penyanyi Noni AF5. Memberitahu tidak tahu menahu mengenai khabar angin itu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah lali dengan gosip sebegitu. "Sudah enam tahun kami bersama, bukan sekali dua kisah begini hadir. Jujurnya saya sudah lali. "Sebenarnya saya tidak tahu mengenai gosip ini, biarlah suami saya buat kenyataan dahulu," katanya kepada Utusan Online hari ini. Mengakui mengetahui suaminya pernah berkerjasama dengan Noni dan Lisda menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja dan tidak lebih daripada itu. "Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh dikeluarkan. "Saya memang malas nak melayan kisah-kisah macam ini, kecuali mereka ada bukti dan tunjukkan kepada saya mungkin saya boleh komen," katanya. Hari ini sebuah akhbar menyiarkan berita yang mendakwa suaminya ada menjalin hubungan cinta dengan Noni. Malah, bintang realiti AF5 yang nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin turut tampil membuat penafian dengan alasan hubungan mereka sekadar rakan artis. – UTUSAN ONLINE |
noni af5 jalin hubungan cinta dengan suami <b>lisdawati</b>..??? - Bicara <b>...</b> Posted: 10 Oct 2013 12:30 AM PDT Kau tahu kau tidak popular apabila kami merujuk nama anda sebagai bintang realiti televisyen sebagai ganti nama pentas kerana ianya lebih mudah. Heh. Dan ini kisah Noni AF5 yang hari ini khabarnya ada hubungan dengan Fauzi Nawawi. Laporan Harian Metro hari ini menyebut khabar angin tentang Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang menjalin hubungan dengan Fauzi Nawawi selepas mereka rapat selepas berkenalan. Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan penjelasan yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih formal & professional. "Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan" "Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?" kata Noni AF5 menafikan semua dakwaan. Noni AF5 menjelaskan lagi yang beliau mula mengenali Fauzi Nawawi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. Itu sahaja, katanya. Rotikaya - |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan