Nuffnang

Ahad, 13 Oktober 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Kaka Azraff Senang Kerja Dengan <b>Zizan Razak</b> - Gua.com.my

Posted: 25 Sep 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi jelita, Kaka Azraff menjelaskan tujuannya bekerjasama dengan Zizan Razak sekali lagi dalam single terbaru mereka, 'Infiniti Cinta' selepas lagu 'Bawaku Pergi' bukanlah kerana dia ingin menumpang populariti Zizan.

"Saya rasa bukan pasal populariti. Kalau betul pasal populariti, ada lagi ramai artis lain. Macam semua orang tahu, saya bertapak dalam dunia nyanyian pun bermula dengan lagu 'Bawaku Pergi' bersama Zizan. Saya dah bermula dengan Zizan, jadi saya selesa dengannya dan tidak mahu berhenti bekerja dengan Zizan.

Dia banyak memberi saya tunjuk ajar, dah macam cikgu dan abang saya pun ada. Tapi saya tidak menolak jika diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain," jelas Kaka ketika ditemui di Majlis Pelancaran Single 'Infiniti Cinta' di Souled Out, Jalan Ampang pada Rabu.

"Lagipun, saya ada bekerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam sebuah lagu. Saya juga sudahpun merakamkan single solo saya sendiri yang berjudul 'Terpulanglah'. Single solo ini bakal dikeluarkan pada bulan Oktober nanti," jelas anak saudara kepada Ratu Rock, Ella ini.

Gadis lulusan Kolej Segi Subang dalam bidang Komunikasi dan Media ini juga berhasrat untuk menjinakkan diri dalam dunia pengacaraan.

"Saya minat juga untuk menceburkan diri dalam bidang seni yang lain seperti pengacaraan. Saya mendapat tawaran untuk menjadi hos sebuah program yang menggabungkan elemen pengembaraan dan makanan di TV9, tapi semuanya masih dalam perbincangan. Mengenai bidang lakonan pula, buat masa ini saya belum berminat untuk berlakon," tutur Kaka lagi.

Ketika diminta mengulas bagaimanakah Kaka menyesuaikan diri dengan Zizan yang sentiasa berperwatakan kelakar setiap masa, Kaka ada jawapan tersendiri.

"Saya akui Zizan memang seorang yang kelakar dan suka melawak sepanjang masa. Malah, ketika dia marah pun, dia sampaikan dengan cara yang kelakar. Tapi saya sebagai orang yang sudah mengenali dirinya, saya tahu membezakan apa yang sepatutnya saya ambil serius dan perkara yang mana hanya gurauan. Walau apa pun saya memang senang bekerja dengan Zizan," tutur gadis manis ini mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan