Nuffnang

Rabu, 23 Oktober 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Aiman Hakim Tepis Gosip Dikongkong <b>Nur Fathia</b> - Kota Bharu News

Posted: 30 Aug 2013 02:00 AM PDT

PELAKON Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.
Aiman, 23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu.
"Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama.
"Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon.
Tambah Aiman yang popular melalui drama bersiri Vanilla Coklat, dia ada mendengar khabar angin tersebut tetapi enggan melayan perkara remeh yang tidak berkaitan dengan hal kerja.
"Fathia ada beritahu saya tentang hal ini, saya anggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi saya terhadap lakonan.
"Biarlah orang mahu cakap apa-apa pun kerana sudah terlalu ramai orang yang bercakap tentang kami. Kalau saya cakap ya atau tidak pun, ia tidak penting bagi mereka," katanya.
Ditanya tentang hubungan cinta mereka, Aiman bagaimanapun tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada umum.
"Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat," katanya.
Bagaimanapun, Aiman mengakui sejak dikaitkan dengan percintaan ini, dia menerima banyak tawaran berlakon bersama aktres tersebut.
"Ya, mungkin kerana keserasian kami dalam drama membuatkan kami sering mendapat tawaran bersama selepas drama bersiri Diandra, telefilem Jodoh Jodoh untuk TV9 dan ada tawaran yang masih dalam pertimbangan," katanya. - mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan