Shila Amzah - Google Blog Search |
<b>Shila Amzah</b> Pilih Johan As'ari | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 30 Oct 2013 05:47 PM PDT Mesti ramai pembaca di luar sana yang beranggapan hubungan antara Shila Amzah dan Johan As'ari sudah melangkah ke fasa seterusnya sebaik membaca tajuk di atas. Apatah lagi sejak kebelakangan ini kedua-duanya gemar berkongsi foto bersama dan berbalas komen di laman sosial seakan pasangan yang sedang dilamun cinta. Bahkan ibu masing-masing juga dilihat kerap meluangkan masa bersama-sama. Ini sekaligus menguatkan dakwaan yang mengatakan sesuatu sedang terjalin di antara penyanyi dan pelakon terkenal ini. Bagaimanapun, tajuk diatas sebenarnya merujuk kepada keputusan Shila yang telah memilih Johan sebagai pelakon utama di dalam muzik video terbarunya. MV Masih Aku Cinta yang pertama kali dipertontonkan kepada media pada petang semalam sedikit sebanyak menimbulkan persoalan berkenaan hubungan mereka. Menurut Shila, pemilihan Johan dibuat atas persetujuan bersama dengan pengarahnya, Ghaz Abu Bakar bagi mewujudkan kesan mendalam terhadap lagu dan MV tersebut.
Namun di dalam kehidupan sebenar, penyanyi ini masih selesa berkawan rapat dengan Johan tanpa mengesahkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta.
Bagaimanapun, Shila akui langsung tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan Johan ataupun bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Shila yang ditemui sewaktu majlis Pengisytiharan Bintang Bertaraf Antarabangsa bersama Warner Music Malaysia di Damansara semalam sempat melahirkan rasa bersyukur kerana dapat bernaung di bawah syarikat rakaman terkemuka itu.
Bagi yang ingin melihat bagaimana Johan berlakon dalam MV Masih Aku Cinta, anda perlu menunggu sedikit masa lagi sehingga ia siap sepenuhnya. Pelancarannya akan diberitahu kelak oleh pihak Warner Music Malaysia sendiri. |
You are subscribed to email updates from Shila Amzah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan