Altimet - Google Blog Search |
<b>Altimet</b> Nafi 'Kalau Aku Kaya' Sindir Kerajaan | Hiburan - Rakyat News Posted: 02 Nov 2013 06:45 AM PDT
Penyanyi dan penulis lirik Altimet menafikan lagu ciptaanya "Kalau Aku Kaya" seolah-olah mempersendakan pihak kerajaan kerana lagu yang kini meningkat naik itu telah dibuat sebelum perbentangan Bajet 2014 lagi. Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, lirik lagu itu adalah sepenuhnya berkaitan dengan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya. "Saya tidak pernah memikirkan untuk mempersendakan mana-mana pihak ketika menulis lagu ini. Ia adalah sepenuhnya berkaitan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya. "Cuma lagu ini secara kebetulan hit ketika pembentangan bajet 2014 dilakukan," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video lagu itu di Kelab Petroleum Malaysia, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam. Tambah Altimet, dia turut mendapatkan pandangan dan pendapat daripada 40 orang individu dari pelbagai peringkat usia bagi mengetahui impian mereka jika menjadi jutawan. "Ketika menulis lagu ini saya banyak bertanya kepada orang ramai tentang impian mereka. "Apa yang saya tulis bukan rekaan saya sahaja tetapi suara segelintir rakyat di negara ini," katanya. Last Updated on Saturday, 02 November 2013 22:07 |
You are subscribed to email updates from Altimet - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan