RUANG RINDU: KUBUR BERNYAWA : BAB 3: Firdee <b>Aqasha</b> dan <b>...</b> Posted: 13 Sep 2013 06:47 AM PDT Firdee Aqasha mengepalai rombongan mencari kubur bernyawa demi memenuhi keinginan hati masing-masing. Di pusat akal kaum Adam ini, sudah terlakar dengan wang ringgit yang beribu akan menjadi habuan mereka kelak jika mengena nombor tikaman mereka. Pertama kali juga mereka ingin mencuba nasib. Mudah-mudahan berjaya mendapat habuan yang besar. Itulah doa songsang mereka di dalam hati. Puas mereka mengelilingi kawasan yang dikatakan oleh Jhaznarul di mana terdapatnya kubur sesat atau kubur bernyawa tetapi sehingga ke saat ini tidak seorang pun di antara mereka yang melihat kubur itu. Peluh mula merenik di dahi masing-masing akibat kepenatan mencari kubur bernyawa entahkan ada entahkan tiada. Firdee Aqasha, Syed Dahuri, Khirulnizan dan Zularman mula menyeka peluh yang semakin membasahi dahi mereka.
"Jhaz ni biar betul, Firdee? Aku tak nampak sebarang kubur sesat pun, apatah lagi bernyawa." Syed Dahuri mula terangsang rasa bebalnya kerana terasa dipermainkan oleh Jhaznarul.
"Entah-entah Jhaz ni berangan tak? Entah batu apa yang dia lihat, dia cakap batu nisan," rasa bebal Syed Dahuri kini berjangkit pula pada Firdee Aqasha. Sakit sungguh hati Firdee Aqasha apabila yang dicari tidak ditemui.
"Jom baliklah. Buang masa saja." Khirulnizan sudah berputus asa mengajak teman-temannya pulang ke khemah semula.
"Haa ... itu aku setuju. Daripada meronda tak tentu hala di sini tanpa tujuan, lebih baik kita balik saja. Lagipun mata aku dah mengantuk ni." Zularman cepat sahaja bersetuju dengan cadangan Khirulnizan.
"Cakap sajalah yang kau ni penakut Zular, sebab itulah cepat saja kau setuju dengan ajakan Nizan." Firdee Aqasha membakar amarah Zularman.
"Hei, cakap sopan-santun sikit ya, aku tak takut tau. Ada kau jumpa kubur bernyawa tu? Tak ada, kan? Daripada buang masa, lebih baik kita balik saja." Zularman mempertahankan pendapatnya.
"Aku tak kira. Dah penat-penat aku menapak di sini, kita mesti cari kubur bernyawa tu sampai dapat. Aku nak tengok, bagaimana bentuk kubur bernyawa tu. Adakah benar seperti yang diceritakan oleh Jhaz ataupun itu hanyalah khayalan Jhaz saja. Aku tak takut untuk menghadapi risiko." Firdee Aqasha bersemangat secara tiba-tiba dan sedikit disuntik oleh perasaan geram kerana kubur bernyawa yang digelarkan oleh Jhaznarul masih belum ditemui oleh mereka.
Dada teman-teman Firdee Aqasha yang lain tertembak dengan satu perasaan yang cukup mendebarkan di saat mereka memandang semangat yang begitu tinggi timbul di dalam diri jejaka itu.
"Kau jangan celopar sangat, Firdee. Karang kubur tu muncul, kau lari tak cukup tanah kot," marah Khirulnizan yang tidak selesa dengan bisanya lidah Firdee Aqasha. Sudahlah angka jam di tangannya hampir merangkak ke pukul dua pagi, Firdee Aqasha pula boleh bersikap sedemikian. Siapa yang tidak gerun. Kan?
"Muncullah. Ada aku kisah?" Firdee Aqasha semakin berani.
Tiba-tiba sahaja ....
"Aduh!" molek sahaja Firdee Aqasha terjatuh di atas batu yang agak besar dan meruncing ke atas. Menyumpah Firdee Aqasha dengan situasi itu. Namun, di kepalanya terlintas sesuatu.
Hmm ... takkanlah tanah ni bergegar pula? Aku memang rasa gegarannya. Masakan yang lain tak rasa apa yang aku rasa. Firdee Aqasha yang masih terduduk di atas tanah mula memenandang wajah teman-temannya satu persatu.
"Lah, kenapa duduk atas tanah ni? Dah nak jadi petapa pula?" sindir Syed Dahuri galak.
"Woi, cakap sopan-santun sikit ya? Kau orang rasa tak gegaran yang aku rasa. Tiba-tiba saja tanah ni bergegar, sebab itulah aku jatuh." Firdee Aqasha tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja.
Syed Dahuri, Khirulnizan dan Zularman memandang sesama sendiri dengan sejuta persoalan yang membelit tali pusat akal mereka. Apa yang Firdee cakap ni? Bila masa pula terjadinya gegaran? Mungkin itulah yang terlekap di kepala masing-masing pada saat ini.
"Kau berkhayal ya Firdee? Mana ada gegaran? Kami tak rasa apa-apa pun?" Khirulnizan menyuluh tepat lampu suluhnya ke wajah jejaka itu.
"Tiba-tiba kau jatuh, kami pun hairan. Nasib baik tak tergolek sampai ke bawah. Dahlah tengah-tengah malam ni, kita pun tak tahu apa yang ada di bawah sana tu." Zularman meluahkan kata pula.
"Aku tak tipulah. Aku rasa gegarannya. Ni atas batu apa pula yang aku terjatuh ni?" lalu Firdee Aqasha menyuluh ke arah batu itu dan seketika kemudian matanya bersianr-sinar.
"Aku dah jumpa. Aku dah jumpa." Firdee Aqasha separuh menjerit. Semua mata meluruskan ke arah Firdee Aqasha. Dia jumpa apa pula ni? Itulah yang berlegar di kepala masing-masing.
"Kau jumpa apa, Firdee?" Syed Dahuri agak teruja setelah mendengar suara Firdee Aqasha yang terlebih suka.
"Batu nisan dari kubur sesat," ayat Firdee Aqasha mampu membuat tiga pasang mata lagi melorong ke arahnya.
Sambungan Di sini: http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1009&idc=7557 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan