Diana Amir - Google Blog Search |
<b>Diana Amir</b> & Suami Ingin Segera Timang Anak | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 27 Oct 2013 05:07 PM PDT Pasangan suami isteri mana yang tidak mahu menimang cahaya mata? Itu juga merupakan impian yang bermain-main di dalam fikiran pengantin baru, Diana Amir dan suaminya, Mohb Habib Bullah. Diana yang ditemui sewaktu majlis pernikahannya mengakui tidak sabar untuk menerima kehadiran anak kecil di dalam keluarga yang baru dibinanya.
Sementara itu, Habib pula berharap semoga dia dan isteri dikurniakan zuriat secepat mungkin dan tidak kisah dengan bilangan anak yang ramai.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum memikirkan tentang destinasi bulan madu memandangkan mereka cuma bercuti selama dua hari sahaja sebelum masing-masing sibuk dengan aktiviti. Namun menurut Diana, dia akan mengurangkan aktiviti kerjanya buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian kepada suami.
Beralih kepada soal kerjaya Diana sebagai pelakon pula, Habib sama sekali tidak melarang atau meletakkan syarat penting untuk isterinya terus berlakon.
Menurut Habib lagi, dia juga tidak kisah untuk menemankan Diana ke mana-mana memandangkan dia juga kini sudah berhenti sementara sebagai pensyarah dan sedang melanjutkan pelajaran. Selain daripada itu, pasangan ini telah merancang untuk sama-sama mengusahakan perniagaan Diana Amir Ekslusif yang menjual pakaian muslimah dan majlis motivasi. |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan