Azhan Rani - Google Blog Search |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search Posted: 20 Nov 2013 01:43 AM PST
| ||||
Fatihah Untuk Abah – Perak Today Posted: 18 Nov 2013 04:06 AM PST KISAH hubungan bapa dengan anak perempuannya yang cukup menyentuh hati dan perasaan antara kekuatan dalam naskhah Fatihah Untuk Abah arahan Azma Aizal Yusoof terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd sekali gus tercalon dalam senarai lima pencalonan terbaik (Top 5), Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan berlangsung pada 29 November ini. Lebih memberansangkan, drama Fatihah Untuk Abah turut mendapat tujuh pencalonan sekali gus bersaing sengit dengan drama lain yang dicalonkan termasuk Aku Bukan Malaikat (karya Erma Fatima) pada penganjuran ASK 2013. Tujuh pencalonan itu ialah kategori Pengarah Drama Terbaik (Azma Aizal Yusoof), Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Faizal Hussein), Pelakon Wanita Terbaik Drama (Sharifah Amani) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Azhan Rani). Bukan saja memiliki kekuatan dari segi skrip dan jalan ceritanya, drama Fatihah Untuk Abah turut menampilkan gandingan mantap pelakon hebat Faizal Hussein dan Sharifah Amani selaku teraju utamanya. Drama yang bersiaran di TV3 ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon lain seperti Syafie Naswip, Azhan Rani, Amyza Aznan dan Kathy Fauziah. Secara peribadi, Sharifah Amani yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi Fatihah Untuk Abah mengakui kekuatan naskhah drama itu untuk mara ke dalam Top 5, ASK 2013. "Saya memang tertarik untuk berlakon dalam karya arahan Azma ini kerana ia ada kelainan berbanding cerita lain. Bukan sekadar memaparkan hubungan bapa dan anak perempuan, malah, cara Azma mengupas cerita ini adalah di luar kotak kebiasaan," katanya. Amani juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana apa yang penting penganjuran ASK dapat mengumpulkan anak seni supaya bersatu untuk memartabatkan lagi bidang seni tanah air. "Saya bersyukur kerana tercalon dalam ASK 2013 tapi kalah atau menang adalah soal kedua. Jika menang, ia satu bonus tapi kalau kalah, saya tidak kecewa pun kerana persaingan kali ini juga sengit dengan artis senior dalam kategori berkenaan. Semua drama yang bertanding juga memiliki kekuatan tersendiri," katanya. Dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Amani juga bersaing dengan pelakon senior hebat seperti Datin Umie Aida (Aku Bukan Malaikat) dan Sherie Merlis (Perempuan Itu Ibuku). Tidak ketinggalan, dua lagi calon lain seperti Nora Danish (Di Bawah Langit Mu) dan Nad Zainal (Mawar Putih Tanda Perpisahan). Diminta komennya bekerjasama dengan Faizal, Amani mengakui dia memang berasa dirinya 'kecil' bila digandingkan dengan pelakon hebat itu. "Ia kali kedua kami digandingkan selepas drama Delusi sebelum ini. Bagi saya, abang Faizal adalah pelakon senior yang serius dan dia juga hero dalam filem Melayu tempatan. Walaupun saya sangat menyukai karakter Fatihah tapi watak Fatihah tidak sekuat Dollah yang dilakonkan abang Faizal dalam drama ini. "Drama ini memang cerita mengenai Dollah (bapa Fatihah) dan saya harap abang Faizal ada peluang untuk menang dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada ASK 2013," katanya. Seperti Amani, Faizal turut bersaing dengan calon lain yang tidak kurang hebatnya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama iaitu Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman), Rosyam Nor (Mawar Putih Tanda Perpisahan), Sharnaaz Ahmad (Di Bawah Langit Mu) dan Azhan Rani (Neraka Abah). Sinopsis Fatihah Untuk Abah Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad dan Gusdar. Pada suatu hari, Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Dollah terkejut apabila Fatihah memberitahu ibunya sudah meninggal dunia ketika usianya 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah tujuan Fatihah berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Bagaimanapun, Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. -Berita harian |
You are subscribed to email updates from Azhan Rani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan