rosyam nor - Google Blog Search |
Ahmad Idham & <b>Rosyam Nor</b> Bakal Meriahkan Festival Drama KL <b>...</b> Posted: 09 Oct 2013 09:13 PM PDT Sempena ulangtahun ke-30, buat julung kalinya pihak stesen televisyen tempatan, TV3 dan TV9 bakal menganjurkan pertandingan festival drama yang dikenali sebagai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) . Festival yang bakal melibatkan pengarah dan penerbit berpengalaman seperti Rosyam Nor, Ahmad Idham, Isma Yusuf serta Erma Fatima ini dibuka untuk semua amatur yang mempunyai bakat dalam bidang pembikinan drama pendek. Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Media Prima Berhad, Puan Nini Yusof, tujuan utama pertandingan drama pendek ini diadakan adalah bagi mencari bakat baru untuk diketengahkan kepada penonton-penonton setia TV3 dan TV9.
Pn Nini (kiri) bersama barisan pengarah dan penerbit terkenal Sempena mencari bakat baru untuk festival drama ini, pihak TV3 dan TV9 bakal mengadakan siri jelajah mereka di beberapa institut pengajian tinggi yang terpilih dan sepanjang siri penjelajahan tersebut, pihak stesen TV terbabit akan turut mengadakan bengkel yang dikelola oleh speaker berpengalaman dalam industri pembikinan drama. Kesemua speaker ini akan berkongsi ilmu secara teori dan praktikal menerusi empat kategori berbeza iaitu dari segi pengarahan, penulisan, skrip dan lakonan serta kandungan dan muzik. Pertandingan akan bermula pada 1 November hingga 30 Disember 2013. Hasil drama pendek yang dihasilkan perlu dihantar menerusi www.veedo.my. Durasi yang diberikan adalah selama 5 minit dan kesemua drama tersebut mestiah menerapkan eleman kemasyarakatan seperti kehidupan, percintaan atau komedi. Jadual penjelajahan di kampus-kampus terpilih :
|
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan