Nuffnang

Selasa, 19 November 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> & Ramli Sarip Bakal Bergelar Datuk? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 09:04 AM PDT

Rosyam Nor & Ramli Sarip Bakal Bergelar Datuk?

Nama Rosyam Nor dan Ramli Sarip sememangnya sudah tidak asing lagi di dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun kedua-duanya menceburi bidang yang berlainan, namun kehadiran mereka di dalam medan seni ini secara tak langsung telah menyumbang kepada kejayaan industri.

Dan petang semalam, OHBULAN! terbaca kemaskini di Twitter pelakon veteran, Fauziah Nawi yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penggiat seni berkenaan kerana bakal menerima gelaran baru dalam hidup mereka.

Rosyam Nor & Ramli Sarip Bakal Bergelar Datuk?

Mereka berdua dipercayai bakal menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk dari kerajaan negeri Melaka pada hari ini.

Rosyam Nor & Ramli Sarip Bakal Bergelar Datuk?

Berita ini pastinya sungguh menggembirakan memandangkan Rosyam dan Ramli Sarip telah lama menapak di dalam industri dan dilihat sudah cukup layak untuk menerima gelaran tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Ramli Sarip merupakan bekas kumpulan Sweet Charity dan kini lebih dikenali sebagai penggubah dan penerbit lagu selain bergerak solo jika terdapat undangan nyanyian.

Manakala Rosyam Nor pula adalah penerbit dan pelakon yang cukup berbakat. Kalau anda nak tahu, Rosyam pernah memenangi Anugerah Festival Filem Asia Pasifik sebanyak dua kali suatu masa dahulu.

Malah, lakonannya baru-baru ini di dalam filem KL Gangster 2 turut mendapat pujian dan respon yang baik dari penonton. Ini membuktikan bahawa bakatnya masih lagi diterima ramai.

Update Terbaru :

Sebentar tadi, Kosmo! melaporkan bahawa Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, telah dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli Sarip, 61, telah menerima DMSM Kehormat.

Tahniah pada kedua-duanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan