Nuffnang

Jumaat, 8 November 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Foto : <b>Shila Amzah</b> Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember - OhBulan

Posted: 07 Nov 2013 11:21 PM PST

Foto : Shila Amzah Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember

Masih aku cinta, mengungkapkan keinginan artis popular ini tentang impian alam perkahwinannya nanti. Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah buat kali ke-3 menjadi penghias muka depan majalah Pengantin Disember 2013.

Cantik dan menawan! Jika diamati, setiap perincian pengantin yang dipakai oleh Shila Amzah menyerlahkan kejelitaannya dalam menggayakan busana indah ini.

Dengan gaya yang tersendiri, Shila Amzah berjaya menampilkan ciri-ciri menarik ketika menggayakan busana tersebut.

Foto : Shila Amzah Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember

Apa yang lebih menarik, busana dan tudung pengantin yang dipakai oleh Shila diterbangkan khas dari butik Irna La Perle, Jakarta, Indonesia.

Antara topik-topik yang bakal dikupas, 122 gubahan dekorasi cenderahati pelengkap majlis raja sehari, rahsia sentuhan sensual terokai sensitiviti tubuh, evolusi busana pengantin tradisional & moden cinta agung sang pereka, tips untuk bunga rampai dan masih aku cinta daripada Shila Amzah.

Menerusi video berdurasi 2:51, Shila Amzah menyatakan dia mengimpikan perkahwinannya dalam suasana sederhana. Apa-apa pun, jom layan video di sebalik tabir Shila Amzah yang padat dengan intisari tentang perkahwinan impiannya.

Sumber gambar : Facebook Pesona Pengantin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan